Oleh ISMA AE MOHD.

Pada 21 September 2005, sekumpulan wartawan Malaysia yang berpangkalan di Kelantan bergegas ke Narathiwat, Thailand untuk membuat liputan di sebuah kampung bernama Ban Tanyong Lima.

Sebaik sahaja sampai di sana, suasana agak tegang kerana jalan masuk ke kampung itu dihalang oleh beberapa batang pokok yang ditebang, batu-bata ditabur, dan sekumpulan kaum ibu serta kanak-kanak berkumpul di tengah-tengah jalan.

Semua ini berlaku ekoran penduduk kampung menculik dua orang tentera Thailand yang didakwa membunuh seorang penduduk kampung pada malam sebelumnya.

Penduduk kampung bertindak menahan dua orang tentera tersebut dan “menyimpannya” di dalam stor masjid. Mereka mahu wartawan Malaysia menjadi saksi atas dakwaan mereka itu. Hal ini demikian kerana, mereka tidak menaruh kepercayaan kepada media Thailand, meskipun kerajaan mendakwa tindakan penduduk kampung itu hanya mahu mencari publisiti murahan.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.