Oleh ASMADY IDRIS

Yaman, satu-satunya negara republik dalam kalangan negara jazirah Arab, menyambut ulang tahun penyatuan ke-20 antara Yaman Utara dengan Selatan pada Mei lalu.

Tahun ini menyaksikan peningkatan ketegangan antara kerajaan pusat di Sanaa pimpinan Presiden Ali Abdullah Saleh dengan pemberontak di selatan yang bergabung secara longgar dalam Gerakan Selatan.

Perkembangan yang berlaku sejak 2008 itu membuktikan kerapuhan penyatuan kedua-dua Yaman dan petunjuk baharu bahawa Gerakan Selatan bukan sekadar lagi memprotes.

Yaman Selatan wujud sebagai negara merdeka selepas Inggeris berundur pada 1967, sehingga keruntuhan Kesatuan Soviet yang mendukung negara Marxis itu membawa kepada penyatuan dengan Yaman Utara. Yaman yang baharu dipimpin oleh Ali Abdullah yang memerintah Yaman Utara sejak 1978.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.