Oleh ABD. KADIR MOHD. AYUB

Siapa yang tidak kenal dengan Oprah Winfrey? Seluruh dunia begitu mengagumi selebriti yang berwibawa ini. Pemilik rancangan bual bicara termahal dan menjadi selebriti terkaya di Hollywood ini sebenarnya datang dari kehidupan yang begitu getir.

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di daerah miskin Mississippi, Amerika Syarikat, dan semasa berumur sembilan tahun, Oprah diperkosa oleh pak ciknya sendiri.

Namun, segalanya berubah. Berbekalkan keberanian dan keyakinan kepada diri sendiri, Oprah sekarang menjadi pengacara bual bicara paling popular di Amerika Syarikat. Kajian yang dibuat oleh majalah Forbes mendedahkan bahawa kekayaan yang dimiliki Oprah sekurang-kurangnya berjumlah AS$2.4 bilion (RM8.4 bilion).

Salinan program “The Oprah Winfrey Show” yang diterbitkan oleh Oprah ditayangkan di segenap penjuru dunia. Beliau kini memiliki stesen televisyen sendiri, mempunyai syarikat penerbitan sendiri, perusahaan hartanah, dan banyak lagi. Oprah merupakan ikon selebriti Hollywood yang berjaya bukan sahaja dalam bidang hiburan, tetapi juga perniagaan.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.