WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Perjuangan Berdasarkan Prinsip 3K','/?p=461','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh HASSAN AHMAD

Banyak orang yang menyangka bahawa orang Melayu di negara ini boleh bersatu jika mereka mempunyai satu parti politik sahaja untuk memperjuangkan kepentingan Melayu. Soalnya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan “kepentingan Melayu?”

Kepentingan Melayu dikaitkan dengan kuasa politik – kuasa untuk terus memerintah. Kepentingan lain termasuklah kepentingan ekonomi, pendidikan, budaya, bahasa dan agama.

Jika itulah maksud kepentingan Melayu, maka bukankah semua kepentingan itu sudah diperjuangkan oleh kerajaan negara ini yang diterajui orang Melayu sejak Merdeka?

Institusi yang berteraskan hukum Islam banyak ditubuhkan di negara ini sejak merdeka, misalnya ada Tabung Haji, Bank Islam, pelbagai institusi pengajian dan tamadun Islam, Kementerian Hal Ehwal Islam, dan Jabatan Kemajuan Islam di tiap-tiap negeri. Tidak kurang penting, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang menganjurkan tilawah al-Quran, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, tetapi juga di antarabangsa.

___

Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2010. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.