Oleh KARIM RASLAN
Penulis sentiasa tertarik dengan sungai-sungai di Indonesia termasuklah Sungai Mahakam dan Kapuas di Kalimantan, serta Sungai Musi dan Sungai Siak di Sumatera.
Penulis tertarik dengan keluasan sungai tersebut, airnya yang mengalir lesu, warna airnya yang seperti teh susu, serta sentiasa sibuk dengan lalu lintas. Setakat ini, penulis hanya berkesempatan menjelajah bahagian hilir sungai sahaja dan penulis berharap agar suatu hari nanti dapat meneroka bahagian hulu sungai pula.
Penulis boleh memerhatikan aliran air sungai berjam-jam lamanya, sambil menghisap rokok keretek yang tidak terhitung jumlahnya.
Di kota Riau, ibu kota Siak Indrapura yang kaya dengan minyak, penulis amat gemar mengamati aktiviti yang dijalankan di sepanjang sungai di kota itu. Segala jenis pengangkutan air boleh dilihat melalui sungainya. Daripada sampan yang menggunakan pendayung, sehinggalah ke bot moden yang dilengkapi enjin bermotor. Terdapat satu perahu dilihat membawa sekumpulan wanita tua yang bertudung – agaknya mereka ke kelas membaca al-Quran.
___
Karim Raslan, penulis bebas yang kini menetap di Jakarta, Indonesia. Dua buah buku popular beliau berjudul Malaysian in Transition: Ceritalah 1 dan Journey Through Southeast Asia: Ceritalah 2.
Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2010. Kandungan kolum telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.