WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.255.17' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.255.17','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Tergadailah Segalanya Demi PRU ke-13?','/?p=454','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Selepas satu dekad Gabungan Persatuan-persatuan Cina (Suqui) membuat 83 tuntutan yang menafikan hak orang Melayu dan Bumiputera yang lain, kini Malaysian Chinese Association (MCA) pula mengambil langkah yang sama atas nama perjuangan kaum Cina.

Sebanyak 12 tuntutan yang dikemukakan oleh MCA, hasil resolusi Kongres Ekonomi Cina yang diadakan pada 14 Ogos lalu, merupakan desakan untuk memenangi sokongan Cina dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

Sebagaimana Suqui mengambil peluang mengemukakan tuntutan menjelang PRU 1999, sekarang giliran MCA pula. Democratic Action Party (DAP) yang sudah lama memperjuangkan politik perkauman sempit seolah-olah mendapat tonik baharu untuk menghadapi pilihan raya kelak.

Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek secara terus terang dan berani bersedia berkongsi pandangan dengan DAP, meskipun sedar bahawa tindakannya itu akan menimbulkan persoalan dan kemarahan. Malah beliau membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, yang mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengguris hati kaum lain.

Presiden MCA ingin membuat tafsiran sendiri terhadap gagasan Satu Malaysia iaitu “kesamarataan hak setiap warganegara tanpa mengira kaum”. Beliau seolah-olahnya tidak perasan kewujudan Perlembagaan Malaysia yang secara terang-terang menyatakan bahawa orang Melayu dan kaum Bumiputera yang lain terpelihara dari segi pemilikan ekuiti ekonomi.

Hal ini diperkukuh oleh kenyataan Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa tuntutan Presiden MCA itu bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Malaysia. Katanya, Perkara 153 memberikan hak yang terasas kepada orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak serta pihak yang dilindungi oleh semua peruntukan undang-undang.
MCA jelas sangat berani menyanggah Perlembagaan yang dipersetujui semua pihak termasuk MCA sebelum British menyerahkan kemerdekaan kepada Malaysia. Ibarat Belanda mendapat tanah, mereka tidak puas dengan apa-apa yang sudah dimiliki mereka sedangkan mereka sedar dan tahu bahawa orang Melayu, kaum Bumiputera lain, dan kaum India masih tercicir dalam bidang ekonomi.

Agaknya apa lagi yang tidak cukup dan tidak puas bagi orang Cina di bumi Malaysia ini? Secara umumnya kaum mereka merupakan yang paling kaya. Ini fakta. Siapakah yang menguasai perniagaan – baik yang kecil mahupun yang besar? Siapakah pula yang menguasai carta individu terkaya di Malaysia dan di Asia atau dunia sekalipun? Adakah 30 peratus ekuiti ekonomi yang diperuntukkan untuk kaum Bumiputera terlalu besar untuk dilepaskan oleh mereka?

Jika itulah asas yang dipegang, maka bagaimana dengan tuntutan orang Melayu dan Bumiputera lain yang masih jauh ketinggalan dalam konteks ekonomi dan taraf hidup di bumi mereka sendiri? Bukankah hati mereka juga mesti dimenangi kerana sokongan mereka turut diperlukan pada PRU ke-13 nanti? Walau apa-apa pun, kaum Cina sangat konsisten dan cukup bersatu memperjuangkan nasib kaum mereka walaupun berbeza platform politik. Hal ini berbeza daripada kaum lain, terutamanya Melayu yang seolah-olah tidak mempunyai keinginan untuk bersatu, sebaliknya semakin giat merobohkan sisa-sisa kesatuan yang ada itu.

Orang Melayu yang mencipta peribahasa “bersatu teguh bercerai roboh”, tetapi mereka tidak mengambil iktibar daripadanya. Kita senang hati melihat kaum lain bersatu dan berjaya tetapi tidak senang hati jika orang Melayu bersatu dan berjaya. Sebarang usaha untuk menyatupadukan orang Islam/Melayu akan diperlecehkan dengan alasan yang karut-marut.

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak berhadapan dengan cabaran kepimpinan yang amat besar. Meskipun perpaduan kaum telah dapat dipupuk demi mencapai kemerdekaan dengan tolak ansur orang Melayu yang tidak terkira, peredaran masa membawa bersama perubahan pemikiran dan semangat. Setiap masa akan muncul cabaran baharu yang mampu menggoyahkan perpaduan yang sedang kita nikmati ini.

Padilah Haji Ali
padilah@dbp.gov.my

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.