WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Menuntut Perubahan','/?p=451','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Gendang polemik Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) kembali dipalu. Mutakhir ini, Kementerian Pendidikan Tinggi membuka kembali “gelanggang” apabila mencadangkan supaya mahasiswa universiti dibenarkan menyertai aktiviti politik di luar kampus.

Cadangan daripada pelbagai pihak supaya AUKU disemak, dipinda, dan dimansuhkan bukan perkara baharu. Namun, setakat ini tidak ada perubahan yang benar-benar diharapkan.

AUKU digubal pada 1971 atas alasan yang jelas; mahasiswa harus menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembelajaran di bilik kuliah, dan bukannya sibuk menyertai aktiviti politik di luar kampus.

Terdapat dua persoalan dalam isu ini; pertama, adakah majoriti mahasiswa selepas AUKU digubal menunjukkan pencapaian akademik yang menakjubkan kerana tidak lagi “diganggu” dengan aktiviti politik di luar kampus?; kedua, adakah penggubalan AUKU memberikan kesan langsung kepada kualiti mahasiswa terutamanya dari segi keperibadian dan kualiti kepemimpinan?

Meneliti persoalan pertama, penulis teringat data yang didedahkan berdasarkan satu kajian yang dibuat baru-baru ini oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah pensyarah kanan Jabatan Media, Universiti Malaya, mengenai tabiat membaca dalam kalangan mahasiswa universiti di negara ini yang menunjukkan bahawa mereka hanya membaca empat buah buku setahun. Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah).

Penulis tidak terperanjat dengan hasil kajian ini kerana penulis sudah bertahun-tahun menjadi hakim untuk pelbagai kejohanan debat bahasa Melayu melibatkan universiti awam dan swasta di negara ini. Pendebat universiti merupakan kelompok yang dianggap “elit” dan “terpilih” dalam kalangan mahasiswa di kampus kerana kononnya mereka dianggap mahasiswa yang intelektual dan petah berhujah.

Namun, setiap kali penulis menghakimi mereka, pasti penulis kecewa. Tahap pembacaan dan pengetahuan umum mereka terlalu rendah, hinggakan mereka sering membuat kesalahan “memalukan” kerana tersalah menghuraikan fakta yang asas. Jika kelompok “elit” dan terpilih dalam kalangan mahasiswa serendah itu daya intelektualnya, bagaimana pula dengan mahasiswa yang lain?

Persoalan kedua, berkenaan dengan kualiti dan nilai tambah dalam kalangan mahasiswa, bagaikan sudah menjadi “punching bag” untuk “dibelasah” oleh pelbagai pihak. Mahasiswa lemah komunikasi, lemah penguasaan bahasa Inggeris, lemah daya kepimpinan, lemah dalam keterampilan, dan pelbagai kelemahan lagi sering dihamburkan oleh pelbagai pihak apabila merujuk kualiti mahasiswa sekarang.

Jadi, terpulanglah kepada pelbagai pihak untuk menilai kewajaran AUKU disemak semula. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, pernah menyatakan, “Jika kita tidak mahu berubah, kita akan diubah.”

Mohd. Shukri Mohd. Ariff
shukri_m@dbp.gov.my

RENCANA BERKAITAN Mereka Memilih untuk Tidak Memilih.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.