WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Trivia Prince of Persia: The Sands of Time','/?p=45','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh FADLI AL-AKITI

Hashshashin: Pengganas Pertama yang Tercatat dalam Sejarah Dunia

Dalam Prince of Persia: The Sands of Time, wujud sebuah kumpulan jahat yang digelar sebagai Hashshashin untuk membunuh Dastan, hero utama filem ini. Penonton mungkin membayangkan kumpulan Hashshashin merupakan kumpulan imaginasi yang dicipta oleh penulis skrip filem ini.

Hashshashin sebenarnya pernah direkodkan dalam sejarah dunia Islam, wujud pada zaman Bani Abbasiyah (1090 – 1273), dan mereka merupakan kumpulan ekstrem cabang Nizari daripada kumpulan Syiah Ismaili yang amat berbahaya. Dr. Muhammad Afifi al-Akiti di dalam buku fatwanya, Mudafi’ al-Mazlum bi-Radd al-Muhamil ‘ala Qital Man La Yuqatil menyatakan Hashshashin merupakan pengganas pertama di dunia yang menggunakan taktik gerila, meracun dan membunuh membabi buta dengan mengakibatkan bunuh diri.

“Hashshashin” mungkin diambil daripada nama Hassan-I-Sabah, ketua kumpulan ini atau hashish, sejenis candu yang dihisap oleh penganut kumpulan ini untuk “bersatu dengan Tuhan”. Kumpulan minoriti ini wujud untuk memporak-perandakan kerajaan Fatamiah dan Abbasiyah yang memerintah pada ketika itu. Mereka bergerak di bawah tanah dan telah melancarkan beberapa pembunuhan terhadap tokoh-tokoh utama Islam zaman itu. Khalifah Nizam al-Mulk merupakan antara mangsa kumpulan ini yang menyebabkan Sallehuddin al-Ayubi terpaksa mengisi kekosongan takhta pengkhalifahan. Malah perkataan Inggeris, “assassin” berasal daripada nama mereka. Markas utama mereka terletak di Laut Caspian, sebuah tempat bernama kota Alamut, nama kota suci dan tempat tinggal Puteri Tamina yang digunakan dalam Prince of Persia.

Pelakon dalam Anjakan Masa yang Sama

Jake Gyllenhaal, pelakon utama filem ini yang berlakon sebagai Dastan, putera angkat Raja Parsi merupakan seorang pelakon yang mula terkenal pada awal 2000. Filem ini mempunyai unsur mesin masa dan anjakan masa, sesuatu yang bukan asing buat Jake. Pada 2001, Jake sudah pun dikenali kalangan penggemar filem kultus (cult film) dalam Donnie Darko, sebuah filem seram-surreal yang juga menggunakan plot anjakan masa dan penukaran takdir melalui masa. Jake juga merupakan pelakon yang serba boleh, pernah berlakon di bawah arahan David Fincher dalam sebuah filem ngeri yang berkesan, Zodiac (2007), dan menjadi seorang koboi gay dalam filem Brokeback Mountain (2005).

Dari Permainan Video ke Filem

Prince of Persia: The Sands of Time
bukanlah filem pertama yang menggunakan permainan video/komputer sebagai francais adaptasi. Filem pertama yang diadaptasi daripada permainan video ialah Super Mario Bros (1993) yang mengambil plot dan watak utama permainan video Nintendo dari Jepun yang amat terkenal pada 1990-an.

Selepas itu, beberapa filem adaptasi daripada permainan video muncul, Double Dragon (1994), Street Fighter (1994), Mortal Kombat (1995), Lara Croft: Tomb Raider (2001), Resident Evil (2002), Doom (2005) Silent Hill (2006) dan beberapa lagi. Resident Evil merupakan antara francais filem adaptasi daripada permainan video yang paling menguntungkan. Masalah filem sebegini, watak-wataknya hanya satu dimensi, kebanyakan cerita dan plot sudah terbina kukuh dalam permainan, malah kadang-kadang lebih kompleks daripada sebuah plot filem. Kebanyakan peminat permainan video selalunya menuduh filem sebegini tidak menggambarkan “roh sebenar” permainan asalnya, atau adaptasinya terlalu lekeh. Malah kebanyakannya mengikut satu pengolahan gaya yang serupa.

Dalam arus yang berlainan, filem yang diadaptasi kepada permainan video juga amat popular dalam kalangan peminat. Zaman awal permainan video dan komputer, filem-filem diperkenalkan kepada peminat dalam mainan komputer dalam 64-bit dan ke bawah. Komputer seperti Sinclair, Atari, Amiga dan Apple memberi tapak permainan yang gubas bentuk grafiknya.

Zaman grafik gubas ini memperkenalkan sebuah genre baharu dalam filem. Filem yang berlandaskan permainan video/komputer, seperti Tron (1982) dan The Last Starfighter (1984), filem yang terjerat dalam zamannya, tetap digemari sebagai sebuah filem yang unik dan bertentangan dengan kehebatan kualiti grafik dan kompleksiti mainan video dan komputer zaman sekarang.

___

Penulis Editor Dewan Masyarakat dalam talian.

RENCANA BERKAITAN Wajah Hodoh Arab dari Kaca Mata Barat.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.