Oleh ASMADY IDRIS

Ketika bekas Presiden Amerika Syarikat ke-42, Bill Clinton daripada Parti Demokrat mengetuai pentadbiran White House dari 1993 hingga 2001, sistem politik antarabangsa diselubungi dengan ledakan arus globalisasi. Seantero pelosok dunia seakan dipacu oleh satu golekan roda globalisasi yang berasaskan parameter dunia tanpa sempadan dan pasaran bebas.

Setiap rejim politik antarabangsa, negara, dan syarikat multinasional bersaing untuk mencapai semaksimum mungkin agihan keuntungan dan kekayaan. Semua ini dijanjikan dalam bentuk keuntungan yang bersifat relatif dan bukannya bersifat mutlak.

Setiap negara di dunia menobatkan agenda perkembangan ekonomi pesat sebagai hala tuju utama agar selari dengan arus perdana globalisasi. Negara membangun memperoleh agihan keuntungan yang bersifat relatif dengan mencapai kadar keuntungan per kapita negara sehingga mencecah lapan peratus setahun dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun berturut-turut sebelum dilanda krisis ekonomi pada 1997 – 1998. Malah, negara seperti Thailand dan Malaysia turut digelar sebagai “ASEAN Tiger”.

___

Profesor Madya Dr. Asmady Idris Dekan Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.