Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

Jika anda terjumpa wang syiling satu sen, setem buruk, atau botol minuman jenama Coca-Cola di tepi jalan, apakah yang anda lakukan? Adakah anda membiarkannya sahaja?

Sedar atau tidak, terdapat sekelompok individu yang menganggap barangan tersebut sangat berharga, mempunyai keunikan tersendiri, dan nilainya boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Keghairahan dan kesungguhan mereka mengumpul barangan yang dianggap terbuang ini kadangkala menghairankan. Mereka ini dikenali sebagai “pengumpul fanatik”. Yang menariknya, mereka tidak bergerak berseorangan, sebaliknya mempunyai komuniti yang ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion seperti doktor perubatan, jurutera, arkitek, dan banyak lagi. Ekoran kewujudan laman sosial di Internet seperti facebook, twitter, dan blog, pengumpul fanatik menjadikan laman sosial ini untuk mencari barangan, bertukar-tukar pandangan dengan pengumpul yang lain, dan tidak kurang juga yang berniaga.

Koleksi “barangan terbuang” yang dimiliki setiap pengumpul fanatik kadangkala mencapai puluhan ribu ringgit, malahan sehingga  jutaan ringgit. Keterujaan mereka “memburu” koleksi yang diidamkan tidak terbatas di dalam negara sahaja. Mereka juga aktif berinteraksi melalui laman sosial dengan pengumpul dari luar negara.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2010.  Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.  Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.