Oleh MOHD. SHUKRI MOHD. ARIFF

Politik mempunyai pelbagai aliran. Salah satunya mendakwa bahawa semakin maju sesebuah negara, semakin kurang rakyatnya keluar mengundi pada pilihan raya.

Aliran tersebut wujud di mana-mana negara di pelosok dunia. Amerika Syarikat dan Eropah merupakan antara negara yang paling kritikal menghadapi masalah ini. Misalnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini Amerika Syarikat mencatatkan kurang 50 peratus rakyatnya keluar mengundi setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat. Sehingga baru-baru ini timbul dakwaan bahawa Presiden Amerika Syarikat sebenarnya dipilih oleh golongan minoriti yang keluar mengundi.

Samuel P. Huntington dalam bukunya, Who Were Are? The Challenges to America’s National Identity (2004), menyelar sikap rakyat Amerika Syarikat yang tidak mengambil endah tanggungjawab mereka untuk mengundi. “Sikap buruk ini sebenarnya mengancam kelangsungan dan masa depan Amerika kerana kita (bangsa kulit putih Amerika) sekarang sedang terhakis penguasaan politik, budaya, dan jati diri ekoran kemasukan beramai-ramai pendatang Hispanik dan Asia,” jelas Huntington.

Adakah negara yang mengguna pakai sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia bakal berhadapan situasi yang sama seperti Amerika Syarikat?

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

1 Maklum Balas

  1. admin Komen:

    Cubaan, ini satu cubaan.

    Dihantar pada 14 September, 2010, 12:31 pm

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.