pg 3 nota editor July

pg 3 nota editor July pg 3 nota editor JulyKemarahan rakyat Sabah berasas. Mana mungkin ada pihak yang boleh menerima tindakan membogelkan diri dengan sengaja di puncak Gunung Kinabalu yang disayangi dan dihormati rakyat Sabah dan Malaysia amnya.
aki bermaksud nenek moyang dan nabalu bermaksud gunung. Mereka percaya bahawa Gunung Kinabalu menjadi tempat persemadian roh nenek moyang mereka, maka sesiapa pun perlu menghormatinya. Hal ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana dalam konteks agama dan kepercayaan yang lain, sesuatu yang dianggap suci sudah tentulah perlu dihormati dari pelbagai aspek, termasuk berkelakuan sopan, tidak membuat bising, menjaga kebersihan dan tidak sengaja mendatangkan kerosakan. Manusia yang bertamadun sudah sememangnya memahami prinsip menghormati kesucian kepercayaan dan agama masing-masing. Oleh itu, bukanlah sesuatu yang pelik apabila kaum Kadazandusun meluahkan kemarahan mereka terhadap kumpulan pelancong asing yang berbogel dan membuang air kecil di puncak tersebut.
Mengikut sejarah, pada mulanya penduduk awal Kadazandusun tidak membenarkan penerokaan dan aktiviti pendakian Gunung Kinabalu kerana bimbang roh nenek moyang mereka berasa marah dan bertindak mengganggu penduduk setempat dan pendaki. Hingga pada tahun 1851, Gabenor British, Sir Hugh Low, mengambil keputusan memulakan ekspedisi perjalanan ke Gunung Kinabalu dan membuat upacara menenangkan roh suci gunung tersebut. Sejak itu, puncak dengan ketinggian 4095 meter tersebut tidak pernah ditutup daripada menerima kunjungan pelancong dari serata dunia hingga layak menerima pengiktirafan daripada Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan dunia yang kedua di negara ini selepas Taman Negara Gunung Mulu.
Di samping menghormati kepercayaan suku kaum Kadazandusun, gempa bumi yang berlaku di Sabah baru-baru ini juga perlu dilihat dari sudut saintifik. Tindakan peka dan pantas Jabatan Meteorologi Sabah, Jabatan Mineral dan Geosains, serta Jabatan Ukur dan Pemetaan dituntut agar menyalurkan pemakluman dari masa ke masa berhubung dengan sebarang perubahan cuaca, ketinggian, atau rekahan aktif yang berlaku di kawasan yang terlibat.
Hal ini dikatakan demikian kerana selepas gempa bumi pada 5 Jun lalu, kumpulan penyelidik Geokejuruteraan dan Geobencana, Universiti Teknologi Malaysia, mendapati pantai timur Sabah dikesan terdedah dengan risiko gempa bumi akibat berlaku rekahan aktif yang bersifat dinamik dan sentiasa bergerak. Oleh itu, kajian perlu dilakukan segera dan pemakluman awal perlu dihebahkan kepada rakyat Sabah. Sesungguhnya bencana tidak pernah diduga, tetapi kemajuan teknologi sedikit banyak dapat memberikan gambaran awal, setidak-tidaknya Sabah bersedia menghadapi sebarang musibah.
DM MERAKAMKAN SIMPATI TERHADAP KELUARGA MANGSA YANG TERKORBAN
DAN MENDOAKAN KESEJAHTERAAN BUMI SABAH.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.