Oleh Md. Adam

Pada September 2012, sekumpulan 15 orang penduduk kampung di Nepal, India termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana memakan daging harimau bintang ekoran percaya bahawa daging haiwan tersebut dapat melindungi penyakit gout.
Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, ketika di soal siasat, kumpulan tersebut menjelaskan bahawa mereka menemui harimau bintang yang mati di kuil berdekatan kampung mereka, iaitu 90 minit perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat Nepal.
Seorang daripada penduduk kampung menghidap gout dan percaya bahawa pesakit tersebut dapat disembuhkan dengan memakan daging harimau bintang. Penduduk lain juga beranggapan bahawa mereka perlu memakan daging haiwan itu sebagai langkah pencegahan bebas daripada gout. Begitupun, tindakan mereka menyebabkan mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam.
Mengikut undang-undang di India, mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah apabila menemui haiwan yang mati atau cedera. Tindakan tersebut mengakibatkan mereka didenda sebanyak 10 000 rupee (RM390) dan penjara dua tahun jika didapati bersalah.
Dalam kalangan pesakit gout, kes tersebut bukanlah perkara yang mengejutkan. Penderitaan yang dialami pesakit gout mengakibatkan mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk menghindari penyakit tersebut. Jari tangan tidak boleh bergerak kerana tersalah makan dan kaki tiba-tiba membengkak sehinggakan ingin memijak lantai pun terasa seolah-olah memijak atas timbunan jarum yang menegak.
Inilah sebahagian simptom yang dialami mereka yang menghidap penyakit gout. Mereka terpaksa mengelak daripada menjamah makanan terutama bayam, ikan bilis dan makanan laut.
Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk mendisiplinkan diri dengan menghindarkan makanan yang kaya protein, seperti bijirin,makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh, dan kopi.tidak, pastinya mereka yang mempunyai penyakit ini, terpaksa merana akibat kesakitanyang teramat sangat pada sendi anggota badan.Penyakit gout mula dikenal pasti lebih 2000 tahun lalu.
Ketika itu banyak pihak menggelar penyakit ini sebagai “penyakit orang kaya” kerana dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman berkhasiat yang hanya mampu dinikmati golongan tersebut.Penyakit ini membabitkan serangan serta-merta yang bukan sahaja menyebabkan kesakitan, tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya membabitkan jari kaki yang besar tetapi turut memberikan kesan di tumit, lutut, tapak kaki, buku lali, dan jari kaki.
____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Februari 2013.
Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.