Oleh Wira Herman

“Tangguh lagi. Bila nak kena hukum? Saya rindukan hukuman!” Itu kata-kata yang dilemparkan lelaki yang mendakwa dirinya “Imam Mahadi”, atau nama sebenarnya
Mohd. Nordin Puteh, 56 tahun. Beliau bersahaja menyatakan bahawa beliau tidak sabar-sabar untuk menerima hukuman apabila p e r b i c a r a a n berikutan dakwaan mengeluarkan fatwa ajaran sesat t e rh a d a p n y a ditangguhkan oleh Mahkamah Syariah Gombak Timur, pada 14 Mei 1997.
Nordin yang muncul dengan pakaian serba putih mendakwa, t idak peduli dengan bentuk hukuman yang akan diterimanya selagi berpegang kepada ajaran al-Quran. Walau bagaimanapun, Nordin turut berkata, dia tidak akan sekali-kali mengaku salah atas dakwaan berkenaan. Dia tidak mahu dikenakan denda jika sabit kesalahan, tetapi bersedia menerima hukuman yang lebih keras.
“Terpulanglah pada hakim. Saya akan terima semua hukuman walau masuk dalam
api sekalipun. Saya tidak takut. Nabi Ibrahim sanggup dibakar, Nabi Yusof masuk penjara. Tengok hebatnya pengorbanan mereka. Sedangkan nabi sendiri kena hukum, apatah lagi saya,” katanya.
Sebelum itu, Hakim Syarie Mukhyuddin Ibrahim menangguhkan perbicaraan sehingga 9 Jun 1997, sama ada memanggil Nordin membela diri atau tidak selepas mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujah secara bertulis. Nordin didakwa mengeluarkan fatwa ajaran sesat d i rumahnya, d i N o m b o r 3 , Jalan AU5D/3, Lembah Keramat, Kuala Lumpur a n t a r a  p u k u l 9.00 malam hingga 11.30 malam pada 25 Mac 1996 dan 8.45 malam hingga 9.40 malam pada 30 Mac 1996.
Nordin didakwa mengikut Seksyen 167 dan 168 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor 1952 (Pindaan 1983) yang membawa hukuman denda maksimum RM1000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.
Kes Nordin mengaku sebagai Imam Mahadi ini mendapat liputan meluas di seluruh
tanah air ketika itu. Nordin mendakwa bahawa dirinya Imam Mahadi kerana
terdapat 40 tanda di badannya, termasuk bahagian belakangnya yang berbulu.
Selain itu, dia turut mendakwa menerima bisikan suara ghaib ketika bertapa di sebuah gua di Gombak sekitar 1980-an. Selama mengamalkan ajaran sesatnya itu, dia berjaya menghimpun kira-kira 90 orang pengikut. Antara ajaran mengarut yang diamalkannya ialah menghalalkan sentuhan antara lelaki dengan wanita serta mengamalkan perkahwinan batin.
____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Februari 2013.
Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.