WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.71.219' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.71.219','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Bahasa: Perjuangan yang Belum Selesai','/?p=3241','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Noor Azam

Sepuluh tahun lalu, Bahagian Penerbitan danPerniagaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diswastakan kepada syarikat baharu, namanya Dawama. Sebahagian karyawan DBP, terutama yang lama, menerima perubahan ini dengan hati sedih dan ragu. Bimbang akan perjuangan dan usaha pembinaan serta pengembangan bahasa dan sastera akan terpinggir oleh matlamat perniagaan.Namun apabila jumlah penerbitan buku dan majalah semakin bertambah dan perjuangan“politik bahasa” belum juga mencapai titik tamat,langkah penswastaan kedua-dua fungsi itu,ternyata perlu. Seluruh karyawan DBP, dengan segala kemampuan, semangat, dan keterampilan,perlu menumpukan komitmen kepada perjuangan bahasa dan sastera, serta membudayakan ilmu.

Malangnya, yang dibimbangkan benarlah terjadi. Baha Zain, mantan pegawai kanan yang pernah pula menduduki jemaah LembagaPengelola merakamkan keprihatinannya. Kata Baha, “Tepat pada hari yang sangat bermakna itulah juga (1 Ogos 2011) urusan kerja antara DBP dengan Dawama Sdn. Bhd. gagal sama sekali setelah kelancaran perhubungan antara kedua-dua belah pihak beberapa tahun sebelumnya,tersengguk-sengguk seperti kereta tua yang kotor palam pencucuh atau plagnya.” (“Simbiosis yang Tidak Menjadi”, Dewan Sastera September 2011).

Kata Baha Zain lagi, “Kegagalan besar ini melampiaskan banyak tafsiran dan kesan ….penswastaan lain boleh berjaya, tetapi yang ini gagal. Mengapa?“Kalau Dawama sebagai syarikat sendirian berhad gagal, itu adalah risiko yang biasa menimpa mana-mana syarikat perniagaan swasta.“Kalau kegagalan ini menimbulkan kesan terhadap kelancaran pembinaan bahasa kebangsaan dan persuratan Melayu, penerbitan buku umum serta teks sekolah dan majalah yang telah mempunyai tradisi serta sejarah hampir 50 tahun, maka DBP berada dalam perhatian yang negatif.

Hal ini memberikan implikasi yang buruk dan DBP sukar memberikan alasan dengan menunjuk kepada pihak lain.’Kata Baha, “Kejadian ini suatu pengajaran bagi semua, baik bagi yang masih ada (daripada pihak Lembaga di atas sehingga kepada pengawal di pintupagar di bawah), mahupun yang sudah meninggalkan tangga DBP, termasuk saya sendiri. Maaflah, meskipun semangat DBP tidak pernah padam, lama sekali saya tak melewati jenang DBP.”

Kata Dr. Awang Sariyan, “Dewan Bahasa dan Pustaka hak rakyat. Hasil perjuangan rakyat. Semua ada hak dan perlu ikut membantu. Itu pegangan dan harapan saya.”

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Februari 2013.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.