Oleh Jeniri Amir
Pihak yang ingin menakluki Putrajaya perlu terlebih dahulu memenangi sekurang-kurangnya 18:18 kerusi daripada 56 kerusi di Sabah dan Sarawak. Mampukah Barisan Nasional (BN) terus menjadikan Sarawak sebagai “simpanan tetap”? Atau Sarawak yang dianggap sebagai simpanan tetap akan kalah lebih banyak kerusi berbanding hanya satu kerusi sebelum ini?
Sarawak mempunyai 1 069 651 orang pengundi, dengan mereka yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 49 tahun yang menyumbang jumlah terbesar sebanyak 264 799 orang pengundi, diikuti mereka yang berusia 30 hingga 39 tahun sebanyak 224 414 orang pengundi. Di tangan sekitar sejuta orang pengundi itulah nasib BN dan Pakatan Rakyat (PR) ditentukan.
Pada pilihan raya umum 2008, semua parti komponen Sarawak memenangi semua kerusi yang ditandingi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menguasai
14 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) enam kerusi, dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) empat kerusi. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tewas satu daripada tujuh kerusi.
Kerusi Sibu yang dikuasai SUPP turut jatuh ke tangan DAP semasa pilihan raya kecil 2010. Dalam pilihan raya 2008, PBB meraih 25 peratus undi popular, berbanding SUPP sebanyak 22.8 peratus, SPDP 10 peratus dan PRS, 6.4 peratus.
Sebaliknya, bagi pakatan pembangkang, DAP yang bertanding di tujuh kawasan menguasai 20.2 peratus undi popular, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di 12 kerusi mendapat 8.4 peratus, 13 orang calon Bebas memperoleh 5.1 peratus, manakala PAS yang bertanding di satu kerusi hanya memperoleh 0.6 peratus. Pada pilihan raya akan datang, pakatan pembangkang akan memastikan semua kerusi ditandingi seperti dalam pilihan raya negeri lalu.
S e j a k t  s u n a m i  p o l i t i k , Perdana Menteri telah melakukan banyak transformasi termasuk memberikan perhatian yang serius terhadap keperluan
Sabah dan Sarawak. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak kelihatan kerap kali berkunjung ke Sarawak – kadar kekerapan lawatan yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum beliau. Beliau memberikan jaminan untuk memberikan tumpuan lebih kepada Sarawak dari segi keperluan pembangunan. Masyarakat etnik turut diberikan perhatian, kerana mereka merupakan penyokong setia BN.
____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Februari 2013.
Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.