WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Kehakisan Kuasa Politik Peribumi','/?p=3135','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Noor Azam

Enam puluh tahun lalu – ketika Kerajaan British gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan takluknya dan negara kita diberikan nama baharu Persekutuan Tanah Melayu –- siapa pernah terfikirsebuah pulau warisan nenek moyang kita, akhirnyaakan diperintah oleh pendatang dari luar Dunia Melayu.

Semasa Raffles memijak kakinya di pulau yang amat strategik ini, pulau ini diperintah oleh raja yang bergelar sultan, lengkap dengan istana, para pembesar dan para penggawanya. Tetapi akibat ingin hidup leka-mewah dan lihainya politik pegawai British, Sultan Husain Shah terpaksa membawa diri ke Melaka dan mangkatlah baginda di sana.

Selepas Perang Dunia Pertama, semasa UMNO mengepalai perjuangan kemerdekaan, di pulau ini ada juga parti UMNO yang kuat, di samping pertubuhan Melayu yang lain. Akhbar Utusan Melayu yang menjadi suara utama perjuangan kebangsaan Melayu yang bertunjang di Semenanjung, pun lahir di pulau ini. Semenanjung Tanah Melayu waktu itu termasuklah Pulau Singapura.

Waktu itu orang Melayu peribumi pulau ini dipandang tinggi. Para penulis, wartawan dan seniman dari Semenanjung berhijrah ke pulau ini – mencari hidup dan tapak perjuangan baharu. Keris Mas, Usman Awang, Asraf, Wijaya Mala, Abdullah Hussain, Jamil Sulung, P. Ramlee dan Romai Noor tertawan oleh gadis Singapura. Itulah Singapura, kebanggaan kita pada zaman itu – bukan Kuala Lumpur.

Sekarang, UMNO Singapura sudah lama terkubur dan tidak menjadi sebahagian daripada sejarah moden Singapura. Orang Melayu Singapura menjadi kelompok minoriti yang hidup mengharapkan belas kasihan pemerintah warga asal pendatang. Dua puluh tahun lagi, dunia akan lupa bahawa di pulau ini pernah ada bangsa dan kerajaan Melayu (sekarang pun yang masih ingat hanya generasi tua seperti saya). Anak-anak keturunan Melayu yang masih tertinggal di pulau ini pun tak akan peduli lagi pada bangsa Melayu. Mereka sudah jadi warga Singapura.

Nyatalah sejarah telah menjadi bukti, bahawa sultan dengan institusi istananya dan suatu bangsa yang pada suatu masa dipandang tinggi, boleh hilang kedudukannya, dalam masa kira-kira 50 tahun saja. (Pada zaman ini kuasa boleh berpindah lebih cepat lagi.) Sang Nila Utama dan Temasik tinggal dalam hikayat yang usang. Kuasa memerintah berpindah ke tangan kaum pendatang. Lalu di tengah Nusantara Melayu wujudlah sebuah negara kecil bukan Melayu yang gagah dan makmur.

Kita Gelabah dan Memukul Bayang-bayang

Apabila Karpal Singh mengumumkan secara terbuka : “Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri”, tokoh-tokoh Melayu mengatakan, ini cita-cita yang “mustahil” dapat dicapai. Karpal dikatakan “mimpi di siang hari” dan “buta sejarah”. Pengerusi DAP ini dikatakan tidak memahami Perlembagaan Negara dan kedudukan serta kuasa institusi raja, khususnya Yang di-Pertuan Agong.

Karpal memang sudah tahu dia akan diserang dengan macam-macam tuduhan. Itu pun memang salah satu tujuannya – memancing lawan. Mengacu Melayu bertinju, tetapi dia berdiri di luar gelanggang. Terciptalah satu lagi isu politik yang panas lagi sensasi menjelang pilihan raya. Kalau pun tidak di bibir, dalam hatinya Kapal tersenyum puas, melihat gelagat pemimpin pertubuhan dan tokoh cendekiawan Melayu memukul bayang-bayang, lalu terlupalah tugas penting yang perlu dikerjakan. Tokoh peguam – politik terkenal ini, gembira melihat PAS yang gelabah dan orang UMNO lawan bertengkar dengan orang PAS! Pancing politiknya dimakan.

Umpannya Melayu!

Apabila orang tampar muka dan luku kepala kita, megahlah kita tunjuk kuat berlawan sesama sendiri. Kita tidak tahu atau lupa pada sejarah.

____

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Februari 2013.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.