Oleh Nazmy Shah Sannusi
Tahun lalu negara ini dikejutkan dengan
pelbagai berita berkenaan dengan
dagangan komoditi emas melalui ejen
jualan yang turut mengalami kerugian
jutaan ringgit. Ironinya, bukan setakat
golongan korporat yang mengaku
terpedaya dengan skim pelaburan ini,
malah golongan bawahan juga tidak
terkecuali. Semuanya gara-gara terpedaya
dengan pulangan lumayan yang bakal
diperoleh melalui skim yang ditawarkan
oleh ejen yang tidak diiktiraf pihak
berkuasa ini.
Setelah beberapa bulan berlalu,
kesan kerugian yang dialami komuniti
pelabur negara ini masih belum reda.
Realitinya, rakyat Malaysia mempunyai dana yang banyak di tangan mereka
dan tercari-cari platform yang paling sesuai untuk pelaburan serta mendapat
pulangan jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, disebabkan tidak banyak
platform pelaburan di negara ini yang mampu menawarkan pulangan tinggi,
mereka terdorong untuk mencari alternatif lain walaupun kurang memahami konsep
serta risiko yang bakal dihadapi mereka. Antara peluang tersebut ialah pelaburan
emas.
Mengikut sejarah, dagangan emas digunakan pada ketika dahulu sebagai instrumen perdagangan yang mempunyai taraf seperti mata wang. Pada abad ke-19, kebanyakan negara Eropah menggunakan emas sebagai mata wang dalam urusan perdagangan antara negara. Namun, dagangan emas dihentikan penggunaannya pada Perang Dunia Pertama ekoran krisis ekonomi yang berlaku pada ketika itu. Pasca-Perang Dunia Kedua pula, sistem Bretton Woods yang turut menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia mengikat dolar Amerika kepada AS$35 (RM122.5) bagi setiap satu auns emas.
Sistem ini wujud sejak sekian lama, tetapi dihentikan pada tahun 1971 oleh Presiden
Nixon dan menggantikan sepenuhnya kepada dagangan mata wang kertas (matawang fiat) tanpa cagaran emas. Sehingga kini, Switzerland negara terakhir
yang berhenti menggunakan emas sebagai sandaran mata wang Swiss Franc
pada tahun 2000. Banyak orang masih beranggapan bahawa pelaburan emas dapat
memberikan keuntungan lumayan pada jangka masa panjang. Para sarjana dalam
bidang teologi (agama) juga mendakwa emas merupakan satu bentuk instrumen
pelaburan yang baik untuk  dipegang dalam keadaan ekonomi tidak menentu.
Atas dasar kepercayaan inilah, banyak dalam kalangan masyarakat berfikiran
bahawa dengan membeli emas, kekayaan mereka dapat dipertingkatkan atau
sekurang-kurangnya, dipertahankan daripada inflasi. Tahun lalu negara ini dikejutkan dengan pelbagai berita berkenaan dengan dagangan komoditi emas melalui ejen jualan yang turut mengalami kerugianjutaan ringgit.
Ironinya, bukan setakat golongan korporat yang mengakuterpedaya dengan skim pelaburan ini,malah golongan bawahan juga tidakterkecuali. Semuanya gara-gara terpedaya dengan pulangan lumayan yang bakaldiperoleh melalui skim yang ditawarkanoleh ejen yang tidak diiktiraf pihakberkuasa ini.Setelah beberapa bulan berlalu,kesan kerugian yang dialami komunitipelabur negara ini masih belum reda.Realitinya, rakyat Malaysia mempunyaidana yang banyak di tangan merekadan tercari-cari platform yang palingsesuai untuk pelaburan serta mendapatpulangan jangka masa panjang.
Walau bagaimanapun, disebabkan tidak banyak platform pelaburan di negara ini yang mampu menawarkan pulangan tinggi,mereka terdorong untuk mencari alternatifl ain walaupun kurang memahami konsep serta risiko yang bakal dihadapi mereka. Antara peluang tersebut ialah pelaburanemas.
Mengikut sejarah, dagangan emas digunakan pada ketika dahulu sebagai instrumen perdagangan yang mempunyai taraf seperti mata wang. Pada abad ke-19, kebanyakan negara Eropah menggunakan emas sebagai mata wang dalam urusan perdagangan antara negara.Namun, dagangan emas dihentikan penggunaannya pada Perang DuniaPertama ekoran krisis ekonomi yang berlaku pada ketika itu.
Pasca-Perang Dunia Kedua pula, sistem Bretton Woodsyang turut menubuhkan Tabung KewanganAntarabangsa (IMF) dan Bank Dunia mengikat dolar Amerika kepada AS$35(RM122.5) bagi setiap satu auns emas.Sistem ini wujud sejak sekian lama, tetapi dihentikan pada tahun 1971 oleh PresidenNixon dan menggantikan sepenuhnyakepada dagangan mata wang kertas (matawang fiat) tanpa cagaran emas.
Sehingga kini, Switzerland negara terakhiryang berhenti menggunakan emas sebagai sandaran mata wang Swiss Francpada tahun 2000.Banyak orang masih beranggapan bahawa pelaburan emas dapat memberikan keuntungan lumayan pada jangka masa panjang.
Para sarjana dalam bidang teologi (agama) juga mendakwa emas merupakan satu bentuk instrumen pelaburan yang baik untuk dipegang dalam keadaan ekonomi tidak menentu.Atas dasar kepercayaan inilah, banyak dalam kalangan masyarakat berfikiran bahawa dengan membeli emas, kekayaan mereka dapat dipertingkatkan atau sekurang-kurangnya, dipertahankan daripada inflasi.
____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2013.
Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.