WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.158.30.219' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.158.30.219','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Cinta Zara Dibalas Kejam','/?p=3062','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Wira Herman

Sehingga kini, kematian dua beranak ini masih misteri. Mayat Zara Eleena Omar Peter, 23 tahun, dan bapanya, Omar Peter Abdullah, 56 tahun, ditemui polis tanpa sebarang bukti jenayah atau kecederaan melainkan kesan lelehan darah pada mulut kedua-dua orang mangsa. Lebih menghairankan, siasatan awal mendapati bahawa tiada kesan pecah masuk pada pintu rumah selain keadaan rumah yang tidak digeledah.

Mayat kedua-dua orang mangsa itu ditemui pada 11 Mac lalu, kira-kira pukul 9.50 pagi, di dalam bilik berasingan di rumah mereka di Taman Kinrara Satu, Puchong, Selangor. Meskipun punca kematian masih tidak diketahui, polis mengesahkan bahawa mangsa dibunuh empat hari sebelum ditemui. Anggota forensik yang memeriksa tempat kejadian tidak menemui kesan jenayah pada badan mangsa dan penggeledahan dalam rumah tersebut. Hanya telefon bimbit serta kereta Perodua Kenari milik Zara dipercayai hilang.

Sehari sebelum mayat mangsa ditemui, Normalia Mahmood, yang berada di Segamat, Johor, membuat laporan polis berhubung dengan kehilangan anak dan suaminya itu. Difahamkan, Omar ke rumah Zara selepas anaknya itu mengadu sakit dan mahu membawanya pulang ke Segamat pada 8 Mac lalu. Namun begitu, Normalia gagal menghubungi kedua-dua orang mangsa.

Oleh sebab bimbang dengan keselamatan mereka, Normalia datang ke rumah Zara. Dia mendapati bahawa rumah berkenaan berkunci dan cuba menghubungi mangsa serta suaminya dengan menggunakan telefon bimbit, tetapi kedua-dua talian tidak berjawab. Berikutan itu, Normalia pergi ke balai polis berhampiran dan memaklumkan kehilangan ahli keluarganya itu.

Polis mengiringi Normalia untuk cuba memasuki rumah berkenaan. Apabila polis memecah masuk, mereka menemui dua mayat di dalam dua buah bilik yang berasingan. Mayat Omar ditemui tertiarap di atas katil, manakala mayat Zara terlentang di atas lantai dan masih bertudung, malah kedua-duanya berpakaian lengkap.

Dengan penemuan mayat itu, polis mula menjejaki penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan dua beranak tersebut, sekalipun tidak banyak pembayang mengenai pembunuhan yang berlaku. Kurang dari 24 jam, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki Zara dan rakannya di kediaman mereka di Pandan Indah, Ampang, Selangor, kira-kira pukul 5.00 petang. Siasatan kes pembunuhan dua beranak tersebut turut diperluas ke kampung halaman ibu mangsa, di Kampung Gelang Cincin, Segamat, bagi mendapatkan gambaran dan maklumat secara menyeluruh selain merujuk fakta serta bahan bukti yang diperoleh di tempat kejadian.

Dalam pada itu, timbul pula spekulasi daripada rakan Zara yang mendedahkan bahawa mangsa kehilangan wang sebanyak RM6000 yang dipinjam daripada seseorang yang dikenalinya. Begitu pun, polis tidak mengesahkan kenyataan dan turut menafikan pembunuhan tersebut ada kaitan dengan cemburu dan hubungan cinta, tetapi tidak menolak pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan masalah kewangan.

Dalam tempoh dua hari sahaja, polis menahan enam orang suspek, termasuk teman lelaki mangsa dan rakannya, masing-masing berusia 19 hingga 23 tahun untuk siasatan lanjut. Lima orang suspek merupakan pelajar mangsa, hanya seorang suspek pelajar dari kolej yang berasingan dan difahamkan, teman lelaki mangsa merupakan pelajarnya sendiri.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Julai 2012

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.