Oleh DYMM Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah

Maha Besar Allah yang memiliki Kerajaan, Engkau anugerahkan Kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut Kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki; Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki; di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(Surah Ali Imran 3: 26)
Maha Suci Allah yang telah mengingatkan bahawa manusia diciptakan daripada lelaki dan perempuan, dan dijadikan berbangsa dan bersuku, supaya manusia saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Surah al-Hujurat 49: 13)

Mauduk ini menyentuh peranan dan tanggungjawab nakhoda, menakhodai
sebuah bahtera untuk mengharungi gelombang pelayaran di maya luas. Raja laksana nakhoda, negara bangsa laksana bahtera, laluan yang ditempuhi laksana gelombang pelayaran. Yang diperlukan, kebijaksanaan dan kearifan nakhoda, melayari bahtera dalam keadaan padu dan selamat agar tidak tenggelam dalam badai gelombang samudera.
Institusi raja subjek istimewa dan amat menghidupkan minda.

Beta mengisytiharkan kepentingan langsung Beta, yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahuwataala sebagai pewaris takhta, dan sering kali diamanahkan menyempurnakan tanggungjawab Pemangku Raja. Oleh itu, Beta tidak terlepas daripada melakukan penilaian bersifat peribadi. Namun sebenarnya memberikan kelebihan,membolehkan Beta melakukan penilaian dari perspektif dalaman serta mengupayakan Beta melakukan taksiran, berfakta pengalaman sebenar tentang dinamisme institusi tersebut.
Sesungguhnya, lebih banyak peranan yang disempurnakan oleh Raja itu berlaku secara tersirat, tetapi amat menghidupkan lagi mencabar. Cabaran yang perlu ditangani berpandukan hikmah, kebijaksanaan, kearifan dan kematangan. Peranan yang perlu disempurnakan seadil dan sesaksama mungkin tanpa perlu diuar-uarkan. Malah apa-apa yang tidak diperkatakan oleh lidah dan apa-apa yang dibisikkan oleh
hati, sering kali lebih berkesan daripada riuh-rendah tempik dan sorak.
Institusi raja ialah kesinambungan kepada sistem kerajaan dan pemerintahan yang telah berakar subur di bumi ini untuk sekian lamanya. Ketika merangka formula membentuk kerajaan merdeka, sistem pemerintahan beraja terlalu berharga untuk dilepaskan, sebaliknya kekal diluhurkan dengan sebaik-baik pendekatan dalam Perlembagaan Persekutuan, begitu juga Perlembagaan Negeri.
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra (Almarhum) telah memilih untuk mengasaskan sistem berkerajaan dan bernegara yang menggabungkan institusi raja dengan institusi rakyat, memperkenalkan konsep Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Kedaulatan raja diberikan
wajah baharu, dirangkaikan dengan suara rakyat dalam satu ikatan harmoni.
Raja Berperlembagaan merupakan satu kelangsungan pemerintahan beraja; kelangsungan yang dianggap ketinggalan zaman dalam kalangan sesetengah pihak yang rabun sejarah, Beta mengisytiharkan kepentingan langsung Beta, yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wataala sebagai pewaris takhta, dan seringkali diamanahkan menyempurnakan tanggungjawab Pemangku Raja. Oleh itu, Beta tidak terlepas daripada melakukan penilaian bersifat peribadi.
Namun sebenarnya memberikan kelebihan,membolehkan Beta melakukan penilaian dari perspektif dalaman serta mengupayakan Beta melakukan taksiran, berfakta pengalaman sebenar tentang dinamisme institusi tersebut.
Sesungguhnya, lebih banyak peranan yang disempurnakan oleh Raja itu berlaku secara tersirat, tetapi amat menghidupkan lagi mencabar. Cabaran yang perlu ditangani berpandukan hikmah, kebijaksanaan, kearifan dan kematangan. Peranan yang perlu disempurnakan seadil dan sesaksama mungkin tanpa perlu diuar-uarkan. Malahapa-apa yang tidak diperkatakan oleh lidah dan apa-apa yang dibisikkan olehhati, sering kali lebih berkesan daripada riuh-rendah tempik dan sorak.
Institusi raja ialah kesinambungan kepada sistem kerajaan dan pemerintahan yang telah berakar subur di bumi ini untuk sekian lamanya. Ketika merangka formula membentuk kerajaanmerdeka, sistem pemerintahan beraja terlalu berharga untuk dilepaskan, sebaliknya kekal diluhurkan dengan sebaik-baik pendekatan dalamPerlembagaan Persekutuan, begitu juga Perlembagaan Negeri.
Raja Berperlembagaan merupakan satu kelangsungan pemerintahan beraja; kelangsungan yang dianggap ketinggalan zaman dalam kalangan sesetengah pihak yang rabun sejarah, lalu melakukan tafsiran dangkal, memilih untuk tidak mahu mengakui dan kurang mahu mendalami salasilah dan falsafah di sebalik institusi ini. Unsur-unsur ketidakselesaan peribadi mempengaruhi minda pihak tertentu, bersifat prejudis – berprasangka negatif terhadap institusi raja, hingga ke tahap mengetepikan penilaian objektif, menidakkan penilaian rasional, menggugurkan penilaian adil, akan dinamik serta evolusi perkembangan pemerintahan beraja yang telah direkayasa dan ditakrifkan semula agar kekal relevan danlalu melakukan tafsiran dangkal, memilih untuk tidak mahu mengakui dan kurang mahu mendalami salasilah dan falsafah di sebalik institusi ini. Unsur unsur ketidakselesaan peribadi mempengaruhi minda pihak tertentu, bersifat prejudis – berprasangka negatif terhadap institusi raja, hingga ke tahap mengetepikan penilaian objektif, menidakkan penilaian rasional, menggugurkan penilaian adil, akan dinamik serta evolusi perkembangan pemerintahan beraja yang telah direkayasa dan ditakrifkan semula agar kekal relevan danlalu melakukan tafsiran dangkal, memilih untuk tidak mahu mengakui dan kurang mahu mendalami salasilah dan falsafah di sebalik institusi ini. Unsur-unsur ketidakselesaan peribadi mempengaruhi
minda pihak tertentu, bersifat prejudis – berprasangka negatif terhadap institusi
raja, hingga ke tahap mengetepikan penilaian objektif, menidakkan penilaian
rasional, menggugurkan penilaian adil, akan dinamik serta evolusi perkembangan pemerintahan beraja yang telah direkayasa dan ditakrifkan semula agar kekal relevan dan menepati keperluan senario semasa.
_____
Artikel ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2013.
Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.