WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Tiada Hukuman Yang Setimpal','/?p=3031','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Shami Shahiran

“Jahat betul orang itu, macamlah anak saya ada dosa dengan dia,” luah Roselyn Alan, 25 tahun, kepada akhbar tempatan pada 13 Mac lalu. Roselyn menyifatkan pembunuhan kejam anaknya, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, berusia lima tahun, di Pasir Gudang, Johor, sebagai satu tindakan di luar batas kemanusiaan.
Dirang diculik, dibunuh, kemudian mayatnya dibakar dan disumbat ke dalam lubang sedalam satu meter pada dinding rumah yang digali berdekatan dengan sebuah kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai. Sebelum itu, pada 1 Mac lalu, anak kedua daripada tiga beradik itu hilang selepas diminta ibunya pergi ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan rumah mereka di rumah pangsa Seri Delima, Bandar Seri Alam, untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai sebanyak RM4.
Sejak itu, Dirang tidak muncul sehingga memaksa keluarganya membuat laporan polis. Polis hanya menemui sebelah selipar mangsa di kebun sawit berhampiran dengan kawasan perumahan yang didiami keluarga mangsa, manakala satu lagi seliparnya ditemui kira-kira 500 meter dari kawasan kebun tersebut.
Pada 8 Mac lalu, operasi mencari Dirang diteruskan atas usaha datuk mangsa sendiri, Alan Alip, 49 tahun, bersama-sama sekumpulan penduduk setempat yang mengenali keluarga mangsa. Ternyata, pencarian tersebut tidak sia-sia. Mereka menemui rangka manusia di dalam lubang.
Siasatan awal polis mendedahkan bahawa rangka tulang yang ditemui tersebut dipercayai tulang orang dewasa berikutan saiz tulang tersebut yang kelihatan lebih besar. Polis juga mendapati rangka berkenaan dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya. Namun begitu, pada 12 Mac lalu, keputusan ujian DNA mengesahkan bahawa rangka tulang tersebut sah milik Dirang.
Lantaran itu, kes berkenaan kemudian diklasifikasikan sebagai penculikan dan bunuh. Polis mengambil langkah memburu individu yang disyaki terbabit dengan pembunuhan tersebut, tetapi tiada sebarang petunjuk dan motif pembunuhan yang dapat dirungkaikan berhubung pembunuhan Dirang. Pada mulanya polis hanya dapat menyimpulkan bahawa pembunuhan kejam tersebut disebabkan dendam terhadap keluarga mangsa.
Hal ini demikian kerana ibu mangsa, Roselyn mendedahkan bahawa pernah menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang wanita yang tidak dikenali. Wanita tersebut mengugut akan membunuh Dirang jika keluarga Dirang gagal membayar wang tebusan sehingga RM30 ribu. Ugutan tersebut diterima pada Rabu, 7 Mac lalu daripada seorang wanita yang mendakwa menculik Dirang. Wanita tersebut meminta wang tebusan dihantar ke Taman Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Jun 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.