WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.71.219' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.71.219','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Tuah Hujan Lebat','/?p=3017','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Shamsiah Abd. Kadir

Aksi pemandu McLaren, Lewis Hamilton, yang memecut laju bagaikan “halilintar” melayakkan dirinya menyambar petak hadapan dalam kelayakan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Petronas Malaysia 2012, di Litar Antarabangsa Sepang, pada 25 Mac lalu.

Pada sesi kelayakan tersebut, Hamilton mencatat masa terpantas dengan satu minit 36.219 saat, manakala rakan sepasukannya, Jenson Button, menamatkan cabaran di tempat kedua dengan kepantasan satu minit 36.368 saat. Sementara itu, juara tujuh kali, Michael Schumacher dari pasukan Mercedes AMG Petronas, berjaya merebut petak ketiga dengan catatan satu minit 36.391 saat.

Banyak pihak meramalkan Hamilton bakal menjuarai perlumbaan. Walau bagaimanapun, ramalan tersebut tersasar. Hamilton gagal menggunakan kelebihannya yang bermula di petak hadapan apabila hanya menamatkan perlumbaan sebanyak 56 pusingan dengan berada di tempat ketiga.

Lebih mengejutkan, tanpa diduga juara GP Sepang ditawan oleh Fernando Alonso yang bermula di petak kelapan dengan mempamerkan kebangkitan Ferrari dalam perlumbaan tersebut.

Alonso yang tenggelam di GP Australia 2012, dan bergelut habis-habisan pada sesi kelayakan di Sepang, menjadikan kejayaan tersebut sesuatu yang cukup istimewa buat pasukan dari Itali. Bermula di petak kelapan, Alonso tidak menyangka perlumbaan yang terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat membawa tuah kepada dirinya apabila berjaya menewaskan peserta lain.

Pemandu dari Sepanyol itu mencatat masa selama dua jam 44:51.812 saat dalam mengatasi asakan daripada pemandu Sauber Sergio Perez yang membuat kejutan dengan menduduki tempat kedua, sekali gus menaiki podium buat kali pertama dalam kerjayanya.
___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Mei 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.