WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.162.173.119' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.162.173.119','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; PTPTN Tidak Kejam','/?p=3015','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Aninah Janang

Perbualan seorang peniaga di pasar lambak, pusat beli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor, dengan seorang pelanggan baru-baru ini menarik perhatian penulis. Peniaga yang berusia lingkungan lewat 50-an itu menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap “kempen murahan” pihak pembangkang yang berjanji mahu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Sememangnya gula-gula politik yang ditawarkan oleh pembangkang itu menarik perhatian. Namun begitu, sebelum semua pihak termakan janji manis yang ditabur oleh pihak pembangkang, banyak perkara perlu diteliti semua pihak, termasuk peminjam dan ibu bapa mereka agar tidak terus tertipu dengan kempen pembangkang.

“Kerajaan dan PTPTN tidak kejam. Yang kejam ialah peminjam yang tidak mahu melunaskan pinjaman,” luah peniaga tersebut kepada pelanggannya.

Menurut statistik PTPTN, sehingga Disember 2011 daripada 1926 juta orang peminjam, sebanyak 144 ribu orang peminjam didapati ingkar melunaskan pinjaman. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menjelaskan bahawa kerajaan memberikan subsidi yang tinggi untuk menampung kos pengajian sebenar mahasiswa. Misalnya, mahasiswa program perubatan perlu membayar RM166 ribu yuran keseluruhan. Begitu pun, setelah kerajaan memberikan subsidi sebanyak 94.6 peratus, mahasiswa hanya perlu membayar yuran sebanyak RM9000. Malah, sejak 1990-an kerajaan tidak pernah menaikkan kadar yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Sementara itu, sebanyak 11 764 orang pelajar IPTA dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama turut dikecualikan daripada membayar balik pinjaman mereka.

Kumpulan ini membuktikan bahawa mereka boleh mengubah pembiayaan PTPTN kepada pembiayaan percuma dengan “membayarnya” melalui keputusan kelas pertama dan bukannya bergiat aktif dengan politik di luar kampus atau sanggup diperalatkan oleh pihak tertentu sehingga membawa kepada demonstrasi jalanan. Tindakan tersebut bukan sahaja memberikan imej dan persepsi buruk mahasiswa dan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini, malah banyak pihak menuduh mereka tidak matang dalam membuat keputusan.
___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Mei 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.