Oleh Shamsiah Abd. Kadir

Judul : Pengenalan Pemulihan Bandar
Pengarang : Yazid Salleh
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga : RM22

Buku ini membincangkan pemuliharaan bandar di Malaysia. Seperti yang sedia maklum, Malaysia kaya dengan khazanah warisan, termasuk yang berbentuk nyata, seperti gaya hidup dan kebudayaan. Warisan ini merupakan tinggalan generasi masa silam dan perlu dikekalkan untuk generasi kini dan akan datang.

Pendekatan yang terbaik adalah melalui amalan pemuliharaan. Di negara Barat, amalan pemuliharaan sudah terlalu lama diamalkan. Di Malaysia, amalan ini mula berkembang pada 1976, selaras dengan pengenalan Akta Benda Purba 1976 (telah dimansuhkan).

Fokus perbincangan dalam buku ini adalah tentang beberapa elemen dalam konteks pemuliharaan bandar di Malaysia, seperti kepentingan pemuliharaan, isu dan cabaran, serta perundangan yang ada dalam konteks pemuliharaan di Malaysia. Walau bagaimanapun, perbincangan lebih tertumpu kepada elemen warisan yang bersifat ketara, seperti bangunan dan kawasan sahaja.

Buku ini turut memberikan dua contoh kawasan yang melalui proses pemuliharaan bandar. Beberapa cadangan bagi menangani isu pemuliharaan bandar di Malaysia turut dikemukakan.

Selain itu, umumnya pemuliharaan bandar merupakan bidang yang semakin mendapat perhatian perancang bandar, arkitek, ahli geografi dan penyelidik di Malaysia. Buku ini ditulis atas kesedaran yang tinggi terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan yang semakin berkembang di Malaysia. Penyenaraian Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang, sebagai Bandar Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Bangsa-bangsa Bersatu, (UNESCO) pada 7 Julai 2008, merupakan pengiktirafan yang hanya dicapai melalui usaha pemuliharaan yang konsisten dan serius.

Umumnya, buku ini menyentuh pelbagai elemen asas dalam konteks pemuliharaan bandar seperti konsep, sejarah, peruntukan perundangan serta beberapa contoh amalan pemuliharaan bandar di Malaysia. Buku ini dapat memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat yang ingin memahami tentang pemuliharaan bandar khususnya di Malaysia.

___

Ulasan buku ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.