WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.117.119' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.117.119','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Merokok: Ketagihan yang Harus Dihentikan','/?p=2899','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Shamsiah Abd. Kadir

Judul : Merokok: Ketagihan yang Harus Dihentikan
Pengarang : Harmy Mohamed Yusoff
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga : RM25

Merokok merupakan ketagihan. Ketagihan pula merupakan penyakit, manakala perokok merupakan pesakit yang memerlukan rawatan khusus. Konsep ini menjadi paradigma baharu yang harus diketengahkan kepada masyarakat kerana memberikan satu persepsi yang berlainan kepada perokok dan masyarakat.

Perokok seharusnya menyedari bahawa mereka sebenarnya mengalami ketagihan yang serius terhadap nikotin. Merokok bukan hanya tabiat yang mudah untuk dihentikan. Buku ini membincangkan secara terperinci tentang rokok dan punca berlakunya ketagihan terhadap nikotin. Selain itu, gejala ketagihan dan sindrom sarak yang berlaku akibat kekurangan nikotin dalam tubuh turut diperincikan. Mekanisme ketagihan yang berlaku dalam sistem saraf dihuraikan dengan jelas supaya pembaca dapat memahami proses ketagihan tersebut secara terperinci.

Selain itu, pembaca juga didedahkan kepada kandungan bahan yang wujud dalam asap rokok, seperti tar, karbon monoksida, bahan karsinogenik, serta kesannya kepada pelbagai organ dalam tubuh, seperti sistem pernafasan, kardiovaskular organ reproduktif serta pembentukan kanser. Setiap fakta yang dibincangkan disertai bukti serta kajian terkini bagi membolehkan pembaca mendapat maklumat yang sahih dan tepat.

Pembaca akan mengetahui faktor kegagalan perokok untuk berhenti merokok dan cara untuk mengatasi masalah tersebut, khususnya yang berkaitan dengan gejala ketagih atau sindrom sarak. Aspek lain yang dibincangkan ialah pandangan Islam tentang merokok menurut pelbagai mazhab termasuk ulama kontemporari. Beberapa isu penting tentang merokok seperti merokok dalam kalangan remaja turut dibincangkan. Perokok pasif dan kesan sisa rokok yang merupakan ancaman senyap kepada bukan perokok serta kesan yang berkaitan dengannya dijelaskan oleh pengarang dalam buku ini.

___

Ulasan buku ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.