Oleh Mus Lakawa

Dua pingat perak dan dua pingat gangsa – itulah jumlah rasmi kutipan pingat yang mampu diraih oleh atlet Malaysia sejarah temasya Sukan Olimpik setakat ini. Dianjurkan empat tahun sekali, temasya sukan ini paling berprestij bagi atlet di seluruh dunia.

Setakat ini, Malaysia pernah terlepas daripada menyertai temasya tersebut, kecuali pada 1980 apabila kontinjen negara memboikot Sukan Olimpik Moscow ekoran pencerobohan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan. Walau bagaimanapun, sejak penganjuran Sukan Olimpik pada 1956, ketika Melbourne dan Stockholm berkongsi menjadi tuan rumah, Malaysia sentiasa komited menghantar atlet terbaik negara “bertarung” dengan misi untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama-sama kuasa besar, dunia.

Mengimbas kembali sejarah, pengasas Sukan Olimpik moden, Pierre de Coubertin, yang juga merupakan bangsawan kelahiran Paris, menjelaskan bahawa perkara yang penting dalam Sukan Olimpik bukanlah kemenangan, tetapi penyertaan.

Hakikatnya, keputusan de Coubertin untuk menghidupkan semula sukan yang bertapak sejak 776 Sebelum Masihi, berubah kepada Sukan Olimpik moden pada 1896 semata-mata untuk mengiktiraf atlet dari seluruh negara menerusi satu kejohanan pada tahap yang tertinggi

Di Malaysia, kerajaan meletakkan tanggungjawab tersebut di bahu Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Keseriusan Malaysia ditunjukkan apabila ratusan juta ringgit dilaburkan oleh kerajaan untuk menghadapi temasya Sukan Olimpik. Bahkan, pendekatan ilmiah menerusi pengenalan pelbagai program, seperti Road To London 2012, merupakan langkah jangka panjang yang diusahakan bersama-sama oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan MOM. Tujuan utamanya hanya satu, memastikan lagu Negaraku berkumandang semasa temasya Olimpik sambil didengar oleh rakyat di seluruh dunia.

Persoalannya, mampukah impian itu menjadi realiti? Atau harapan untuk atlet negara bersinar di pentas Olimpik hanya angan-angan kosong.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.