WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Malaysia Tolak LGBT','/?p=2895','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Fatimah Ahmat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 2 Mac lalu, menolak permohonan penganjur Seksualiti Merdeka 2011 untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan polis yang mengharamkan penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November 2011. Program yang dianjurkan oleh 20 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merupakan usaha mereka mempromosikan hak seksualiti kelompok lesbian, gay biseksual dan transgender (LGBT) dengan tema “keganjilan tanpa rasa takut” (queer without fear).

Keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh lima orang ahli jawatankuasa program tersebut, iaitu Pang Khee Teik, (38 tahun), K.T. Angela Marianne (48 tahun), S. Thilaga (25 tahun), Siti Zabedah Kasim (49 tahun), dan Md. Nor Ismat Selamat (29 tahun).

Pada 9 Disember 2011, mereka memfailkan permohonan bagi membatalkan serta-merta keputusan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, pada 3 November 2011, yang mengisytiharkan pengharaman ke atas program Seksualiti Merdeka. Perkara tersebut disiasat mengikut Seksyen 27 A(1) (C) Akta Polis 1967 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Keputusan berkenaan diputuskan berdasarkan undang-undang Malaysia yang tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang dikhuatiri menghancurkan amalan kebebasan beragama, mewujudkan permusuhan dan mengancam keselamatan negara.

Keputusan itu menyebabkan jawatankuasa program tersebut memfailkan permohonan semakan kehakiman kerana mendakwa tidak diberikan peluang untuk menyuarakan pandangan sebelum keputusan dibuat. Mereka diwakili peguam, Honey Tan Lay Ean dan Chew Siew Ting. Pihak pemohon menamakan Timbalan Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Ketua Polis Negara, masing-masing sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam penghakiman tersebut, mahkamah memutuskan bahawa polis berkuasa menghentikan program Seksualiti Merdeka demi keselamatan negara berikutan terdapat 28 laporan polis dibuat oleh kumpulan penganut agama Islam, Kristian dan Buddha di negara ini yang menolak program tersebut. Maka, polis diberikan kuasa membuat keputusan mengenai pengharaman dan siasatan berhubung perkara itu masih berjalan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.