Oleh Nik Azman NM

Bagi rakyat Korea Utara, pemergian Presiden Kim Jong-il merupakan kehilangan besar kepada negara komunis yang mempunyai 24 juta orang penduduk itu. Kepemimpinan beliau akan diingati kerana beliau kerap membuat keputusan di luar jangkaan apabila berkaitan dengan dasar senjata nuklearnya.

“Beliau seorang pemimpin yang sentiasa bertungkus-lumus dalam memastikan rakyatnya gembira. Saya menyifatkan Jong-il, pemimpin tegar dalam memastikan Korea Utara terus maju, setaraf dengan negara maju yang lain,” jelas pensyarah Revolusi Sejarah Muzium Korea, Pyongyang, Ri Ho II.

Kim Jong-un, berusia 29 tahun, merupakan penyandang jawatan Pemimpin Agung Korea Utara. Sejak akhir 2010, Jong-un dianggap sebagai pewaris yang sah selepas kematian bapanya. Beliau turut diumumkan sebagai “Pewaris Agung” oleh media Korea Utara.

Sewaktu zaman persekolahan, Jong-un merupakan seorang yang meminati sukan bola sepak dan bola keranjang. Beliau kurang menonjol dalam bidang akademik, dan sering mengikuti kelas tambahan. Menurut seorang rakan sekuliahnya yang dikenali sebagai Joao, mereka selalu bersembang pada waktu petang dan Jong-un sering mengajaknya makan kerana beliau mempunyai tukang masak peribadi yang sedia memasak makanan kesukaannya. Menurut Joao lagi, sahabatnya itu gemar akan barangan elektronik yang mewah, seperti televisyen, video kamera, dan permainan video. Jong-un juga minat menonton filem kung fu yang dibintangi Jackie Chan dan meminati filem dari Barat.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.