WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Tragedi 100 Tahun','/?p=2883','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Muhamad Rafiq Abdul Rahman

Tepat pukul 11.40 malam, pada 14 April 1912, dunia digemparkan dengan berita yang cukup tragis apabila sebuah kapal penumpang terbesar di dunia pada ketika itu, RMS Titanic perlahan-lahan ditelan Lautan Atlantik. Kapal yang juga mendapat julukan “hotel mewah terapung” ini berlanggar dengan bongkah ais di selatan Grand Banks, di Newfoundland.

Suasana yang tenang dan damai di atas kapal seluas 269 meter panjang dan 28 meter lebar itu, bertukar menjadi huru-hara akibat situasi panik yang tercetus ekoran bahagian bawah Titanic pecah dan mula ditenggelami air. Bagi syarikat White Star Line, pemilik kapal wap tersebut, tragedi itu merupakan suatu tamparan hebat kerana sebelum ini mereka begitu megah dengan kekukuhan struktur Titanic yang dibina pada 31 Mac 1912.

Siapa sangka, kapal seberat 46 328 tan yang dikatakan “tidak mungkin tenggelam” kerana kapal tersebut dilengkapi teknologi yang paling terkini pada masa itu akhirnya bagaikan sebuah sampan kecil yang perlahan-lahan “ditelan” lautan. Pembinaan Titanic merupakan kapal kedua daripada tiga buah kapal penumpang yang bertujuan menguasai perniagaan dan perjalanan percutian mewah merentasi Lautan Atlantik.

Titanic yang kos pembinaannya dibiayai oleh hartawan Amerika, J. P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co. mula dibina pada 31 Mac 1909. Kapal ini dilengkapi dengan dua buah enjin stim dan turbin tekanan rendah yang mampu membawa 3547 orang penumpang dan anak kapal. Ruang dalam kapal mewah ini pula dilengkapi dengan kemudahan, seperti kolam renang, gimnasium, perpustakaan dan gelanggang skuasy.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.