WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.103.239' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.103.239','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Keindahan Perancis','/?p=2877','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Farizal Razalli

Apabila bercakap tentang industri pelancongan, pastinya benua Eropah menjadi antara negara yang popular lantaran landskap semula jadinya serta binaan silam yang menakjubkan. Khusus bagi mereka yang meminati seni bina dan ekopelancongan, destinasi Eropah, seperti Switzerland, Perancis, Jerman, Sepanyol dan kumpulan negara Skandinavia, sentiasa menjadi tumpuan.

Pelancongan dan Impak terhadap Alam Sekitar

Dari segi luas kawasan, Perancis merupakan negara terbesar dalam Kesatuan Eropah (EU) dan kedua terbesar di benua Eropah (kecuali Rusia). Dengan keluasan 551 695 kilometer persegi, muka bumi Perancis berbentuk heksagon dan terbahagi kepada 26 buah wilayah, termasuk wilayah seberang laut (d’outre-mer) dengan jumlah penduduk mencecah 63.2 juta orang.

Perancis mempunyai tiga buah kawasan pesisir maritim. Yang paling terkenal dan eksklusif di dunia ialah French Riviera (merangkumi Nice, Cannes, dan Monaco). Kawasan pergunungan yang dilitupi salji di pergunungan Alps, di bahagian timur dan Pyrenées di bahagian selatan, turut menjadi tumpuan peluncur salji dari serata dunia. Puncak tertinggi di banjaran Alps, iaitu Le Mont Blanc merupakan puncak tertinggi di Perancis dan menjadi simbol jenama produk fesyen terkemuka dunia, Mont Blanc.

Bagi mereka yang pernah bercuti di Perancis, kenikmatan alam semula jadi yang menguja di negara tersebut pasti tidak dapat dilupakan. Proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan dengan cekap sekali gus membuktikan sikap masyarakat tempatan yang begitu prihatin terhadap alam sekitar. Namun begitu, bagi mereka yang pernah berkunjung ke Paris atau bandar besar lain di Perancis, mungkin mereka tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Tidak mustahil ada pihak yang mengklasifikasikan bahawa stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di Kuala Lumpur lebih bersih daripada stesen Metro di Paris!

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.