WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Awas Perokok Pasif','/?p=2875','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Shahrul Azmel Lamin

Penyakit kanser paru-paru sememangnya dikenal pasti mudah dihidapi mereka yang gemar merokok. Namun begitu, bagi mereka yang tidak merokok atau daripada komuniti perokok pasif, perkara tersebut menjadi hal yang agak mengejutkan.

“Kanser paru-paru selalunya dihidapi orang yang suka merokok. Tetapi, hal ini tidak bermakna mereka yang tidak merokok boleh selamat daripada penyakit ini,” jelas Dr. Beh Chor Khim, Pengarah Perubatan Pusat Perubatan Antarabangsa Mahameru, Klang, kepada penulis.

Menurut laporan Daftar Kanser Kebangsaan, di Malaysia, lebih daripada 25 ribu kematian dicatatkan setiap tahun disebabkan kanser. Laporan yang dikeluarkan oleh US General Surgeon pada 2010 pula, berdasarkan kajian yang dijalankan di seluruh dunia,mendapati bahawa merokok merupakan punca pembentukan kanser paru-paru, larinks, rongga mulut dan farinks, esofagus, pankreas dan perut.

Kebanyakan orang menganggap bahawa merokok hanyalah menyebabkan kanser paru-paru, sedangkan pada hakikatnya kesan merokok terhadap pembentukan kanser adalah lebih hebat daripada itu.

Menurut sumber yang dipetik daripada cancer.gov, dianggarkan sebanyak 221 130 kes baharu kanser paru-paru setiap tahun, dengan kematian sebanyak 156 940 di Amerika Syarikat (AS) pada tahun lepas. Statistik di Malaysia pula menunjukkan bahawa penyakit kanser paru-paru kerap berlaku dan menyebabkan jumlah kematian paling ramai, iaitu kira-kira 12 peratus daripada kesemua penyakit kanser dalam negara.

Lantaran itu, menurut laporan berita yang dipetik daripada Agence France- Presse, hampir 600 ribu orang yang tidak merokok, dengan satu per tiga daripada mereka ialah kanak-kanak, meninggal dunia setiap tahun akibat menyedut asap rokok daripada perokok aktif.

Perokok pasif didefinisikan sebagai seorang yang kerap terdedah kepada asap rokok, hasil daripada rokok yang dihisap oleh individu lain. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, pendedahan selama 15 minit sehari melebihi dua kali seminggu, boleh dikategorikan sebagai perokok pasif dan mampu menjejaskan kesihatan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.