WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.117.119' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.117.119','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Siapakah Pembunuh S. Krishnasamy?','/?p=2873','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Shamran Sarahan

Pada 11 Januari 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy, 62 tahun, sepatutnya menghadiri Mesyuarat Perhubungan Malaysian Indian Congress (MIC), di tingkat dua Ibu Pejabat MIC Johor di Jalan Segget, Johor Bahru. Namun, malang tidak berbau, kehadiran beliau akhirnya bertukar tragedi. Beliau ditembak di dalam lif sebelum sempat bertemu dengan perwakilan yang hadir dalam mesyuarat berkenaan. Satu das tembakan yang dilepaskan di belakang leher Krishnasamy oleh individu tidak dikenali menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. Kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul dua petang itu disedari seorang kerani di ibu pejabat MIC Johor, V. Kamala, dan Ketua Puteri MIC Johor, Vitayah Mohan, sebaik-baik pintu lif terbuka di tingkat lima bangunan berkenaan.

Kematian beliau mengemparkan negara. Pada masa yang sama, timbul spekulasi mengenai campur tangan samseng yang membabitkan wakil rakyat dan politik. Polis juga tidak menolak kemungkinan pembunuhan beliau bermotifkan politik dan perniagaan.

Mengimbas kembali detik pembunuhan tersebut, siasatan awal mendapati bahawa Krishnasamy keluar dari keretanya di hadapan bangunan tersebut dan ditembak ketika dalam perjalanan naik ke tingkat dua dengan menggunakan lif. Menurut saksi, selepas kejadian, seorang lelaki kelihatan meninggalkan bangunan tersebut dalam keadaan tergesa-gesa dengan menunggang motosikal. Sementara itu, Kamala bersama-sama Vitayah terdengar bunyi tembakan ketika menunggu lif di tingkat lima dan sebaik-baik pintu lif terbuka, dia melihat mayat Krishnasamy berlumuran darah.

Ketika kejadian, Ketua MIC Bahagian Sri Gading, V. Murugan, berada dalam bilik mesyuarat di tingkat dua bersama-sama 10 orang pemimpin MIC yang lain. Mereka berkumpul di bilik mesyuarat berkenaan bagi membincangkan persiapan sebuah majlis anjuran MIC yang bakal berlangsung. Sebelum mesyuarat tersebut bermula, iaitu pada pukul 2.30 petang, Murugan bersama-sama rakan yang lain terdengar bunyi das tembakan yang menyebabkan mereka keluar dari bilik berkenaan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.