WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.158.30.219' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.158.30.219','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Kaya dan Berpengaruh','/?p=2871','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Fakurah Ismail

Di laman web Forbes, pada 29 Februari lalu, menyenaraikan sebanyak 40 orang terkaya di Malaysia pada 2012. Senarai tersebut menyaksikan peningkatan nilai gabungan kekayaan sebanyak US$2.3 bilion (RM7.8 bilion) kepada US$64.4 bilion (RM219 bilion). Walau bagaimanapun, perbandingan tersebut hanya menyaksikan perubahan dari segi kedudukan senarai dan nilai kekayaan. Tiada perubahan dari segi individu berbanding dengan tahun 2011. Nilai kekayaan dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia pada 2012 mengalami peningkatan sebanyak AS$1.1 bilion.

Senarai individu pada kedudukan pertama hingga keempat dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia pada 2012 tidak berganjak berbanding dengan senarai 2011. Senarai tersebut didahului Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Ananda Krishnan, Puan Sri Lee Kim Hua dan keluarga dan Tan Sri Lee Shin Cheng.

Robert mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu dalam senarai tersebut dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$12.4 bilion, namun jumlah tersebut menyusut sebanyak AS$100 juta berbanding dengan tahun 2011. Jutawan gula berusia 88 tahun ini turut terlibat dalam perniagaan perkapalan dan hartanah. Kuok Group diurus tadbir di bawah tiga buah syarikat utama yang berpusat di Hong Kong, Singapura dan Malaysia.

Ananda, 73 tahun, terus unggul di tempat kedua senarai tersebut. Kekayaan b e l i a u mengalami peningkatan daripada US$9.5 bilion (RM32.3 bilion) pada 2011 kepada US$9.9 bilion (RM34 bilion) pada tahun ini. Beliau yang berpendidikan Harvard Business School, memulakan karier sebagai pedagang minyak. Sumber utama yang menjanakan kekayaan beliau ialah telekomunikasi menerusi penguasaan beliau terhadap Maxis Communication dan perjanjian untuk tempoh 10 tahun bagi perkongsian rangkaian dengan Umobile.

Di tempat ketiga ialah Kim Hua, iaitu balu pengasas kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong. Kim Hua, 81 tahun, memiliki kekayaan sebanyak US$6.5 bilion (RM22.1 bilion).

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.