Oleh Karim Raslan

Pada penghujung Disember 2011, dua buah akhbar utama Indonesia memaparkan satu iklan besar bertajuk “Indonesia itu Mengecewakan”. Iklan tersebut diilhamkan dengan humor oleh Chatib Basri, salah seorang pakar ekonomi muda di Indonesia. Sebenarnya iklan tersebut merupakan sindiran kepada ekonomi Indonesia, yang meningkat sebanyak 6.5 peratus pada 2011.

Perkataan “mengecewakan” yang tertera pada iklan tersebut membawa dua perspektif; pertama, perspektif yang merasakan bahawa republik itu boleh melakukan lebih baik. Kedua, perspektif pesimis yang berharap republik itu akan gagal. Mereka kemudian menyimpulkan bahawa Indonesia hanya mengecewakan mereka.

Hal ini menandakan persimpangan sebenar yang bakal dihadapi Indonesia pada tahun baharu ini. Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa Indonesia sememangnya telah beralih “sudut”.

Hampir 15 tahun selepas krisis ekonomi Asia dan kejatuhan Suharto, negara gergasi Asia Tenggara itu membuat pemulihan bukan kepalang yang ditandakan dengan dua peristiwa penting. Pertama, penilaian penila i antarabangsa Fitch Ratings, pada pertengahan Disember dan meningkatkan penarafan hutang kerajaan Indonesia daripada BBB, kepada BB+. Hal ini menandakan bahawa ekonomi Indonesia kembali kepada gred pelaburan sejak mengalami krisis ekonomi kritikal pada 1997. Seterusnya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Indonesia melebihi AS$3000 (RM7200) setahun

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.