WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Menghijaukan Kuala Lumpur','/?p=2865','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Wira Herman

Negara semakin menghampiri 2020. Hanya tinggal lapan tahun untuk mencapai tahun yang bakal menjadi penanda aras sebuah negara maju. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan tahun tersebut sebagai kemuncak untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju bertaraf dunia.

Melalui pelbagai transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan, Malaysia kini hanya menunggu masa untuk mencapai hasrat tersebut. Persoalannya, jika tahap negara maju tercapai seperti yang diharapkan, adakah proses menentukan hala tuju negara dilakukan dengan berpaksikan pemodenan semata-mata tanpa mengambil peduli aspek pemuliharaan alam sekitar?

Kema juan membuta tuli merupakan faktor yang boleh menjejaskan alam sekitar. Isu pemodenan negara dan alam sekitar sewajarnya berjalan seiring. Seperti yang berlaku di Amerika Syarikat yang merupakan sebuah negara maju, tetapi bandar utamanya, New York, merupakan antara lokasi yang menjadi penyumbang terbesar kepada pencemaran alam sekitar. Hal yang sama tidak seharusnya berlaku terhadap Malaysia.

Ketika melancarkan Greater KL dan Klang Valley (GKLKV) sebagai salah satu pelan tindakan dalam Program Transformasi Ekonomi (PTE) pada Oktober 2011, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dengan jelas menegaskan bahawa pembangunan seluruh Lembah Klang perlu bergerak seiring dengan pemuliharaan alam sekitar. Sudah pasti komitmen kerajaan dalam pembangunan Lembah Klang boleh dijadikan model kemajuan negara sekali gus memperlihatkan betapa seriusnya kerajaan menangani isu alam sekitar.

Menerusi PTE, Najib turut mengumumkan bahawa Greener KL dan River of Life (ROL) sebagai projek pemuliharaan alam sekitar. Kedua-dua projek tersebut dipacu oleh kerajaan melalui 1Malaysia Development Berhad dan menjadi mangkin agar Lembah Klang menjadi perintis kepada pembangunan mapan dan berteknologi hijau. Sejak September tahun lalu, kedua-dua projek ini sudah dilaksanakan secara berperingkat.

Menerusi projek Greener KL, kerajaan dilihat proaktif dalam mewujudkan pembangunan teknologi hijau. Proses seperti mengitar semula bahan yang masih boleh digunakan diberikan perhatian dalam setiap tahap pembangunan. Bagi tujuan pemuliharaan alam sekitar, kerajaan merancang untuk menjadikan Kuala Lumpur antara 20 buah bandar raya berdaya huni dengan tahap kehijauan dan mesra alam sekitar mengikut piawaian antarabangsa menjelang 2020.

Jika Kuala Lumpur mampu dijadikan bandar raya hijau, keadaan ini bukan sahaja mewujudkan kehidupan dan gaya hidup yang selesa kepada warga kota, bahkan Greater KL mampu menjadi inspirasi dari segi pembangunan mapan dan teknologi hijau kepada bandar lain di negara ini.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.