Oleh Nor Syazali
Isu penyakit mental bukanlah isu baharu di negara ini. Isu ini menjadi perhatian banyak pihak apabila Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 melaporkan bahawa seorang daripada enam orang rakyat Malaysia dikesan menghidap penyakit mental. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 peratus pesakit berusia antara 18 tahun hingga 60 tahun. Yang membimbangkan ialah 90 peratus kumpulan usia ini terlibat secara langsung dalam sektor pekerjaan.
Kebimbangan terhadap peningkatan serius jumlah pesakit mental di negara ini pernah disuarakan oleh Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur pada 19 Disember lalu apabila beliau menyarankan agar majikan di negara ini memperkenalkan Program Bantuan Pekerja (EAP) yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan mental pekerja masing-masing.
Menurut Lee, EAP diharap dapat membantu meningkatkan produktiviti dan prestasi pekerja. Hal ini demikian kerana masalah penyakit mental terutamanya yang berkaitan dengan tekanan jiwa dalam kalangan pekerja di Malaysia dilaporkan semakin serius.
Malaysia memerlukan rakyat yang sihat khususnya pekerja yang bertanggungjawab dalam mencorakkan ekonomi negara. Ekonomi yang mapan dijana oleh modal insan yang berdaya saing. Pengabaian faktor kesihatan mental dan psikososial di tempat kerja memberikan kesan secara langsung terhadap kecekapan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Oleh hal yang demikian, isu kesihatan mental di tempat kerja memerlukan perhatian yang menyeluruh oleh banyak pihak.
Kajian Beban Penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2010 mendapati masalah kemurungan menjadi antara punca penyakit mental.
Di peringkat awal, penyakit mental dikesan melalui tanda awal, seperti perubahan tingkah laku yang ketara, cepat marah, keresahan, sedih berpanjangan, mempunyai idea pelik, berfikir dan bercakap soal bunuh diri, penyalahgunaan dadah serta alkohol, dan tidak berupaya melakukan aktiviti harian.
Sekiranya gejala tersebut berpanjangan dan gagal dikendalikan dalam tempoh dua minggu, individu yang mengalami gejala tersebut perlu mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri di hospital kerajaan.
Gangguan emosi dan mental pesakit jika dibiarkan untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan menjadi lebih serius dan boleh mengakibatkan pesakit berisiko menghidap skizofrenia.
Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Mac 2012.
Share

1 Maklum Balas

  1. SihatSelalu Komen:

    terjumpa info ni, juga tentang masalah mental… sharing is caring :)12% Rakyat Malaysia Menghadapi Masalah Mental

    Dihantar pada 7 April, 2012, 10:47 am

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.