WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Merangsang Metabolisme Perumahan','/?p=2794','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Shaharudin Idrus

Setelah Skim Rumah Pertamaku (SRP) dilancarkan pada 8 Mac 2011, satu lagi program Rumah Berkualiti Mampu Milik di bawah skim SRP dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak pada Julai 2011. Skim yang diperkenalkan ini mampu membuka lembaran baharu dan menjadi lonjakan terhadap perkembangan sektor perumahan di negara ini. Skim tersebut yang membolehkan golongan muda memiliki rumah sendiri mendatangkan banyak manfaat kepada golongan itu dan pemaju perumahan.

Golongan muda yang baru menceburi dunia pekerjaan dan masih belum stabil kedudukan kewangannya berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk memiliki rumah sendiri terutamanya yang hidup di bandar.

Pembangunan perumahan amat berkait rapat dengan proses pembandaran di Malaysia. Perluasan kawasan perumahan berlaku dengan begitu mendadak di kawasan bandar pada 1970, selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan. DEB juga merupakan penanda aras utama dalam pembangunan pembandaran di Malaysia.

Kawasan perumahan digunakan sebagai petunjuk kepada pembangunan pembandaran yang amat berkait dengan kehidupan manusia sebagai tempat tinggal utama. Kebanyakan teori perancangan bandar mengambil asas pendirian yang serupa dalam membangunkan bandar, misalnya model bandar dalam taman, Bandar sejahtera, bandar sihat, bandar selamat dan bandar lestari.

Pelaburan luar terutamanya dan dibantu dengan pelaburan dalaman kerajaan dan swasta menjadi litar modal yang menjadi pemacu utama pembangunan ekonomi. Bandar yang sedia ada mula “diluaskan” dengan meneroka keluar sempadan pentadbirannya melalui desa yang menyokongnya dan bercantum pula dengan bandar lain yang berhampiran. Hal ini termasuklah bandar baharu yang khusus didirikan untuk kegiatan industri pembuatan serta petempatan manusia yang hampir meliputi semua negeri.

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Mac 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.