WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Ungku Aziz Sebutir Berlian di Timbunan Intan','/?p=2785','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Muhamad Rafiq Abdul Rahman

“Jika diteruskan juga Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), orang Melayu akan hancur,”reaksi spontan yang diluahkan oleh tokoh besar yang cukup dikagumi dan dihormati, Profesor Diraja Ungku Aziz (Ungku Aziz) mengenai nasib orang Melayu, dan paling penting bahasa Melayu sekiranya PPSMI diteruskan juga seperti yang dituntut oleh Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Mungkin nadanya agak keras dan bisa, tetapi itu jugalah ingatan yang perlu difahami dan diingati semua pihak.

Siapa yang tidak kenal dengan Ungku Aziz, orang yang sangat dikagumi baik mereka yang berkecimpung dalam bidang akademik mahupun ekonomi? Kebijaksanaan Ungku Aziz mengeluarkan idea yang bernas serta kemampuannya bercakap dalam pelbagai bidang menyebabkan beliau sering kali dijadikan “kamus rujukan” oleh rakan-rakannya.

Pada 1956, Ungku Aziz dilantik sebagai Pengarah Dewan Bahasa Pustaka (DBP) yang pertama. Meskipun berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang ekonomi, hal itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu.

Selepas meninggalkan DBP pada 1957, Ungku Aziz turut membawa bersama-sama semangat memperjuangkan bahasa Melayu dengan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran di universiti. Ungku Aziz, satu-satunya individu di dunia yang dianugerahi gelaran Profesor Diraja. Beliau juga menjadi rakyat tempatan yang pertama dilantik menjadi Naib Canselor pada 1968. Sebagai Naib Canselor Universiti Malaya, beliau menubuhkan Pusat Asasi UM. Sejak itu, banyak pelajar miskin dari luar bandar yang mengikuti pengajian di UM berjaya menjadi pakar dalam bidang masing-masing, terutama bidang sains dan kejuruteraan. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu memberikan impak dan kualiti serta ilmu yang tinggi kepada sesiapa sahaja.

Walaupun berketurunan darah aristokrat, Ungku Aziz tidak melihat perkara tersebut sebagai masalah kepadanya untuk menjadi pemikir ulung dan penggerak pembaharuan orang Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri. Beliau begitu mengagumi bahasa Melayu kerana baginya bahasa Melayu mempunyai keunikan dan sudah pun bertapak lebih lama berbanding dengan bahasa lain.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Mac 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.