Oleh Noor Sulastry Yurni Ahmad

Cerita politik di Korea Selatan, tidak pernah lekang dijadikan topik perbincangan pemerhati politik. Baru-baru ini, keterbukaan dalam pilihan raya hangat dibincangkan bagi memastikan ketelusan dan “kesucian” proses pilihan raya yang bakal berlangsung.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Negara, Kim Nung-hwan mengemukakan keputusan badan ter sebut untuk membenarkan kempen pilihan raya menggunakan kaedah jaringan sosial dan pendekatan dalam talian yang lain tanpa sebarang kekangan dari aspek masa. Hal ini merupakan pembukaan tahun baharu yang baik bagi Korea Selatan dalam kempen pilihan raya seperti yang dilaporkan oleh Korea Herald, pada 15 Januari lalu. Beliau berharap pendekatan dan pengumuman ini disambut secara positif oleh semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya.

Beberapa aspek yang diberikan kelonggaran meliputi kebebasan untuk mempamerkan gambar di lokasi pengundian, malah semua pihak yang bakal bertanding dalam pilihan raya digalakkan untuk membuang undi terhadap calon lain pada hari pengundian atau sebelum tempoh kempen rasmi di laman Twitter atau Facebook. Senario ini dilihat amat menarik apabila pihak suruhanjaya mengambil pendekatan yang “berani” dan “terbuka” untuk mempamerkan ketelusan dalam proses pengundian di negara tersebut. Pendekatan yang diketengahkan oleh suruhanjaya tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi negara maju seperti Korea Selatan, yang bertungkus-lumus dalam menyediakan infrastruktur terpantas dan terhebat dari segi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kepada rakyatnya.

Adakah keputusan yang diambil pada kali ini cuba menarik kembali sokongan atau menggalakkan golongan muda untuk menjurus ke kancah politik mahupun terlibat sebagai pengundi ? Dengan kepantasan teknologi maklumat dan jaringan Internet tanpa wayar secara percuma di seluruh Korea Selatan, serta bersandarkan perkhidmatan talian, memudahkan lagi golongan muda mengundi dan melibatkan diri dalam politik.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Mac 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.