WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Arahan dari Langit','/?p=2775','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Syahmi Syahiran

Pada 5 Januari 2010, negara digemparkan dengan kematian empat beranak dalam keadaan yang cukup mengerikan di dua buah rumah berasingan yang terletak berdekatan dengan Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan. Dalam kejadian tersebut, salah seorang mangsa dikenali sebagai Ismail Awang, 76 tahun, mati dibunuh akibat kepalanya dipenggal.

Mangsa yang lain, bapa mertua kepada Ismail, Atan Daud, 87 tahun, isteri Atan, Sutiah Katas, 80 tahun, dan anaknya, Siti Khadijah Ismail, 22 tahun, turut dibunuh dalam kejadian berkenaan. Polis melaporkan kematian semua mangsa terbabit disebabkan kesan tetakan dan tikaman bertubi-tubi dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri, Sutiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.

Empat beranak tersebut dipercayai dibunuh kira-kira pukul 10.00 pagi pada hari kejadian dan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18 tahun, pulang dari sekolah pada pukul 3.30 petang. Pada hari kejadian, Ismail sepatutnya mengambil Siti Mariam di sekolah, tetapi sehingga kira-kira pukul 2.00 petang, bapanya tidak tiba seperti biasa.

Siti Mariam pulang dengan menaiki bas dan apabila tiba di rumah, Siti Mariam mendapati kakaknya sudah tidak bernyawa dengan pisau tercacak di dada. Berikutan itu, Siti Mariam meluru ke rumah datuknya yang terletak hanya kira-kira 20 meter dari rumahnya, tetapi terkejut apabila menemui pasangan warga emas itu turut mati bergelimpangan. Pembunuhan Ismail pula disedari selepas penduduk menemui mayat tanpa kepala di rumah pasangan warga emas tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, menolak jenayah samun sebagai motif pembunuhan dan ketika itu pihak polis “memburu” cucu bekas imam yang terbunuh itu, iaitu seorang bekas pegawai bank, Rasidi Ismail, bagi membantu siasatan. Dilaporkan, Rasidi dipercayai menghilangkan diri dengan menunggang motosikal Suzuki berwarna biru dengan nombor pendaftaran BAY 2805.

Keesokan harinya, pada 6 Januari 2010, polis menemui motosikal yang dinaiki suspek ditinggalkan berdekatan dengan Perhentian Bas Tampin kira-kira pukul 3.00 pagi. Pada petang hari yang sama, pukul 4.05 petang, suspek akhirnya ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran dengan jejantas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggal. Suspek mengaku membawa bersama-sama kepala mangsa ketika melarikan diri kemudian menanamnya di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Pada pukul 12.30 tengah malam, operasi pencarian semula kepala mangsa berkenaan dijalankan oleh anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berakhir 20 minit kemudian. Ketika kerja penggalian sedang dijalankan, anggota forensik menemui satu beg plastik mengandungi kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira dua kaki (0.6 meter) dalam kawasan tanah perkuburan berkenaan. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Mac 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.