WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Pembinaan Insan Seimbang','/?p=2736','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Mohd. Helmi Ahmad

Pendidikan merupakan alternatif terbaik untuk melahirkan insan yang memahami persekitaran, sensitif kepada keperluan semasa, serta mampu menangani pelbagai permasalahan. Semua ini dilaksanakan mengikut acuan sendiri supaya mempunyai jati diri yang bercirikan prinsip ketimuran agar mampu mengubah dan membina generasi yang produktif.

Pelbagai program dirancang bagi memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia. Perancangan ini dilakukan untuk menyatupadukan sistem pendidikan agar selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, penumpuan juga diberikan kepada tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Antaranya termasuk meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu, mengukuhkan keupayaan sains, penyelidikan dan pembangunan (P&P), penerapan inovasi, memupuk masyarakat berbudaya, serta memiliki kekuatan moral. Strategi ini mampu menyuntik keupayaan seseorang pelajar supaya lebih dinamik dalam apa-apa jua bidang yang diceburi.

Bertitik-tolak daripada pendidikan prasekolah yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak yang berusia seawal lima hingga enam tahun, kanak-kanak ini diasuh minda dan pemikirannya supaya menjadi insan yang memiliki nilai yang baik bagi membentuk nilai ketamadunan tinggi. Tambahan pula, pada ketika inilah pemikiran mereka mudah dipengaruhi dengan apa-apa sahaja − sama ada positif atau negatif.

Langkah ini diambil untuk memastikan bakal guru prasekolah yang benar-benar layak dari segi akademik dan sahsiah diri dipilih. Dalam mendepani globalisasi, hanya guru prasekolah yang benar-benar berkelayakan dipilih.

Kebanyakan guru muda yang mengajar pendidikan prasekolah merupakan guru lepasan diploma, manakala guru sedia ada diberikan kursus tambahan supaya mereka cukup terlatih untuk mengajar kanak-kanak selaras dengan perkembangan teknologi.

Tambahan pula, penggunaan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan Prasekolah bagi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun diwajibkan di semua prasekolah mulai 2003 untuk menjamin kualitinya. Penetapan kurikulum ini penting untuk memperkasakan sistem pendidikan prasekolah.

Selepas melalui zaman prasekolah, pelajar memulakan alam persekolahan rendah dan menengah. Kerajaan menyusun satu strategi yang membolehkan sistem persekolahan rendah dan menengah dijalankan secara menyeluruh seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN menggariskan bahawa kaedah yang perlu dilalui ke arah mencapai matlamat berkenaan adalah secara berterusan, menyeluruh, dan bersepadu (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010).

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Februari 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.