WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.170.159' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.170.159','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Pusat Pendidikan Global','/?p=2713','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Mustafa Dakian

Terletak di titik paling selatan Semenanjung Malaysia, Wilayah Iskandar Malaysia yang terletak di Johor berada di lokasi strategik iaitu di laluan perkapalan antarabangsa yang utama. Kekayaan sumber alam dan tenaga manusia membawa kepada kejayaan Johor dan seterusnya membuka banyak peluang kepada negeri tersebut pada masa depan.

Lokasi Iskandar Malaysia juga berhampiran dengan pusat antarabangsa dan ekonomi besar Singapura yang menyediakan dua laluan bertambak dan laluan rel memberikan kesinambungan perhubungan dengan pasaran. Rangkaian antarabangsa wilayah ini didokong oleh sebuah lapangan terbang antarabangsa dan dua buah pelabuhan bertaraf dunia.

Dengan keluasan 2217 kilometer per segi, iaitu dalam jangkaan tiga kali lebih besar dari saiz Singapura, Wilayah Iskandar Malaysia menawarkan ruang hartanah yang mencukupi dengan harga yang kompetitif. Wilayah ini mempunyai infrastruktur tersedia seperti bekalan tenaga elektrik, rangkaian dan perkhidmatan pengangkutan, serta rangkuman telekomunikasi yang luas. Kepelbagaian ekonomi juga dapat dilihat dengan kewujudan beberapa kelompok yang membangun di industri elektronik, logistik, makanan, pertanian, pelancongan, serta minyak dan petrokimia.

Wilayah ini didiami tenaga kerja berpendidikan tinggi yang fasih dalam berbilang bahasa (termasuk bahasa Inggeris) yang dapat menawarkan tenaga kerja yang mahir dalam pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan, teknikal dan profesional. Pelabur dan usahawan perniagaan yang datang ke Iskandar Malaysia dapat mengambil kesempatan daripada penstrukturan kos bagi menjalankan perniagaan yang berdaya saing di wilayah ini.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Februari  2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.