WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Cabaran Mencapai Tadbir Urus yang Baik','/?p=2704','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Faridah Mohd. Tap

Baru-baru ini Transparency International-Malaysia (IT-M) mengeluarkan laporan mengenai Indeks Persepsi Rasuah (IPR) 2011. IT-M merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang komited menentang rasuah sama ada dalam sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, dan institusi sivil melalui advokasi, kajian serta pendidikan. Badan ini berdaftar dengan Registar of Societies Malaysia (ROS) dan mencapai standard antarabangsa.

Laporan menunjukkan skor IPR 2011 bagi negara ini jatuh daripada 4.4 kepada 4.3 pada 2011 yang meletakkan Malaysia di tangga ke-60 daripada 178 buah negara yang dipantau berbanding dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-56 selama dua tahun berturut-turut sebelum ini.

Laporan IPR 2011 juga menyaksikan bahawa gejala rasuah di negara ini belum menunjukkan penurunan yang memberangsangkan walaupun pelbagai usaha pencegahan dan pembendungan rasuah dilakukan oleh pihak berkuasa. Malah, secara tidak langsung laporan ini mendedahkan kelemahan tadbir urus pentadbiran negara.

Tadbir Urus yang Baik

Cabaran besar ke arah mencapai tadbir urus yang baik (good governance) adalah membanteras gejala rasuah yang tidak berkesudahan. Terdapat beberapa ciri penting tadbir urus yang baik seperti digariskan oleh Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang diambil daripada portal rasmi unesco.org iaitu keterlibatan (participation), ketelusan (transparency), akauntabiliti (accountability), kedaulatan undang-undang (rule of law), efektif (effective), kesaksamaan (equity), membuat keputusan secara bersama (consensus decision) dan responsif (responsiveness).

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Februari  2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.