WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Dirgahayu Tuanku','/?p=2694','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Muhamad Rafiq Abdul Rahman

Penutupan tirai 2011 cukup bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia. Pada 13 Disember lalu, rakyat negara ini cukup bertuah kerana sekali lagi menyaksikan hari bersejarah pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang penuh dengan adat-istiadat dan simbolik.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 84 tahun, dipilih oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai Yang di- Pertuan Agong ke-14 untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 13 Disember lalu setelah selesai Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lalu.

Yang menariknya, Tuanku Abdul Halim merupakan sultan pertama yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua. Sebelum ini, Tuanku Abdul Halim pernah memegang jawatan tersebut dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Peristiwa bersejarah dan unik ini turut tercatat sebagai pengisytiharan yang pertama kalinya diadakan di Istana Negara yang baharu. Istana yang berkeluasan 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lalu dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu.

Istiadat tersebut juga turut menabalkan Sultan Muhammad V sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Selesainya majlis mengangkat sumpah tersebut, bermakna sistem pemerintahan yang diperkenalkan sejak 1957 terus diguna pakai sebagai suatu sistem yang berpaksikan demokrasi. Dalam Perlembagaan Persekutuan ada menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak dipilih oleh rakyat, tetapi oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu untuk tempoh lima tahun.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.