Oleh Noor Sulastry Yurni Ahmad

Generasi muda Korea Selatan sentiasa hidup dalam perkembangan teknologi maklumat yang serba pantas sehingga mereka dilabel sebagai generasi pantas (Fast Generation).

Mengenali generasi muda di Korea Selatan mudah kerana mereka tergolong dalam kumpulan tertentu yang diberikan label masing-masing. Kebanyakan sarjana mengklasifikasikan belia di Korea Selatan berdasarkan dua peringkat umur iaitu antara umur 20 tahun hingga 29 tahun dan antara umur 30 tahun hingga 34 tahun.

Bagi golongan tua yang melalui zaman keperitan Perang Korea dan penjajahan Jepun di Bumi Sonata ini, isu hubungan diplomatik antara Korea Utara dengan Korea Selatan merupakan isu yang sangat sensitif dan sering kali dianggap sebagai “tabu”.

Namun generasi muda di Korea Selatan pula bersifat lebih progresif dan bersimpati terhadap nasib rakyat Korea Utara. Berikutan itu mereka menyokong dasar kerajaan Korea Selatan yang menekankan perspektif bantuan ekonomi kepada Korea Utara.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.