Oleh Karim Raslan

Novel ini dimulakan dengan penghayatan sebuah panorama. Pembaca dibawa menghayati alam semula jadi yang masih belum terusik. Menyelami landskap yang nyata, dramatik, menyeramkan, dan sebahagian besarnya masih belum diterokai manusia. Penghayatan ini membuatkan pembaca seperti berada jauh daripada ketamadunan manusia.

Pengarang kemudiannya mengalih perhatian pembaca daripada sebuah teluk yang sepi kepada keadaan arus lautan yang sukar diramal dan keadaan sebuah bandar di pesisir pantai yang sepi. Kemudian, nun jauh di seberang, digambarkan pemandangan gunung-ganang yang terbentang meluas.

Penulisan ini diteruskan dengan membicarakan sebuah dunia yang dipenuhi dengan ketamakan dan komplot politik yang obses dengan kenikmatan kehidupan yang serba mewah hasil daripada eksploitasi sumber galian daripada lombong yang dijarah di gunung-ganang itu.

Dibiayai ahli perniagaan berdarah “sejuk” dari Amerika, lombong ini memberikan kebaikan serta keburukan kepada penduduk setempat. Kebanyakan mereka tidak pernah mengecap mahupun merasai kekayaan daripada sumber galian di sekitar mereka. Akibatnya, lahir perasaan kecewa dan marah dalam kalangan mereka. Kekecohan yang tercetus membuatkan setiap penghantaran keluar galian dari lombong ke pelabuhan terpaksa dikawal rapi dengan pengiring separa tentera yang bersenjata. Pelombong sentiasa memastikan bahawa hasil galian dapat dipasarkan di pasaran antarabangsa.

Novelis menggambarkan bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan untuk memerintah boleh berubah kerana rasuah dan ketamakan. Hal ini menjadikan wilayah lombong itu sarang separatisme.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.