WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Penghuni Baharu L’élysée?','/?p=2662','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Farizal Mohd. Razalli

Tahun 2012 bakal menyaksikan demam pilihan raya beberapa buah negara di dunia termasuk Malaysia, Rusia dan Amerika Syarikat (AS). Seperti juga Malaysia, Perancis bakal menyaksikan Pilihan Raya Presiden pada April dan Mei depan.

Seperti Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan Barisan Nasional di Malaysia, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Parti UMP (l’Union pour un Mouvement Populaire), juga sedaya cuba untuk mempertahankan penggal pemerintahannya.

Suatu Permulaan Getir …

Pada 16 Mei 2007, Sarkozy mencipta sejarah sebagai Presiden Perancis (ke-23) berketurunan imigran pertama di negara itu. Negara terbesar dalam Kesatuan Eropah dengan populasi sekitar 65 juta orang ini sememangnya terkenal dengan populasi imigran yang besar (11.8 juta orang berdasarkan statistik l’Insee 2008).

Walaupun imigrasi bermula sejak awal kurun ke-16 di Perancis, situasi kebanjiran kaum pendatang mula mendapat perhatian serius kerajaan pada era 1960-an. Kaum pendatang mula menjadi sebahagian elemen penting dalm politik Perancis lantas mengubah konfigurasi dalaman serta dinamika politik negara itu.

Namun, hanya selepas pelantikan Sarkozy sebagai Presiden pada 2007, seorang ahli politik berketurunan imigran diberikan mandat untuk menerajui Perancis. Kejayaan Sarkozy ini membawa sinar dan banyak harapan baharu untuk membawa Perancis keluar daripada kemelut perkauman kesan kegagalan dasar integrasi kaum di negara itu.

Bukan setakat itu sahaja, Sarkozy dianggap mewakili golongan kepimpinan baharu. Perancis, pada waktu itu perlukan perubahan generasi kepemimpinan konservatif dan imperialistik Jacques Chirac. Formula la grande Nation UMP pimpinan Chirac memerlukan nafas baharu khususnya dari aspek integrasi sosial yang dilihat kian meruncing lantaran pemerintah gagal mengurangkan apatah lagi menghapuskan jurang yang ketara antara warga “asal” dengan “pendatang” Perancis.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.