Oleh Mohd. Izani Mohd. Zain

Belanjawan 2012 yang mengambil tema, “Dasar Transformasi Nasional: Belanjawan Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”, dianggap berupaya menjadi mangkin dalam usaha membantu rakyat mendepani kos kehidupan yang semakin meningkat. Pada masa yang sama kerajaan dilihat amat komited dalam soal pendidikan dan pembangunan modal insan dengan menyediakan jumlah peruntukan yang besar sebanyak RM50.1 bilion iaitu 21.6 peratus daripada keseluruhan Belanjawan 2012.

Daripada jumlah itu, RM37.2 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), manakala RM12.9 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Jumlah peruntukan yang besar ini tidak boleh dianggap sebagai satu perbelanjaan semata-mata, sebaliknya merupakan pelaburan yang bakal memberikan keuntungan kepada negara dalam jangka masa yang panjang.

Dalam konteks KPT, daripada jumlah RM12.9 bilion yang diperuntukkan, sebanyak RM10.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM2.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Secara keseluruhannya, peruntukan untuk KPT untuk 2012 meningkat sebanyak RM290 juta ringgit berbanding dengan 2011. Kenaikan ini jelas menggambarkan komitmen tinggi kerajaan terhadap agenda pembangunan modal insan yang memacu pembangunan dan kemajuan negara.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.