Oleh Haris Zalkapli

Keruntuhan Kesatuan Soviet disifatkan oleh Vladimir Putin yang sekarang menjawat jawatan Perdana Menteri Rusia sebagai “bencana geopolitik terhebat abad ke-20”. Perpecahan republik di bawah Kesatuan Soviet itu mengubah imbangan kuasa dunia dan menjejaskan pengaruh Rusia di peringkat global.

Kemunculan Putin sebagai Presiden Rusia pada permulaan abad ke-21 (2000- 2008) kemudian mengubah sedikit demi sedikit keadaan yang disifatkan sebagai bencana itu. Pada awal Oktober lalu, Putin melalui satu tulisan dalam akhbar Izvestia menubuhkan cadangan untuk mewujudkan “Kesatuan Eurasia” – satu bentuk blok ekonomi bertujuan untuk mengintegrasikan Rusia dengan negara bekas Soviet.

Gagasan tersebut dikemukakan ketika Putin sedang bersedia untuk sekali lagi menduduki kerusi Presiden Rusia. Putin pada September lalu menyatakan kesediaannya untuk bertanding jawatan Presiden dalam Pilihan Raya Presiden Rusia pada 2012.

Menurut Setiausaha Akhbar Putin, Dmitri Peskov, dalam satu kenyataan kepada akhbar Kommersant, Kesatuan Eurasia itu bakal menjadi salah satu agenda penting Putin untuk tempoh enam tahun akan datang. Mengikut perkembangan semasa, kedudukan Putin sebagai Presiden Rusia bermula pada 2012 hampir menjadi kenyataan.

Banyak pemerhati Barat terus membuat perbandingan antara Kesatuan Soviet dengan era Perang Dingin. Prospek yang dibayangkan banyak pihak adalah pengukuhan pengaruh Rusia di ruang pasca-Soviet seperti yang diusahakan secara agresif semasa tempoh Putin menjadi Presiden Rusia pada 2000-2008.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.