WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.103.239' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.103.239','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; 2011: Dunia dalam Revolusi','/?p=2655','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Zulkifli Salleh

Tahun lalu sarat dengan siri kebangkitan rakyat. Bermula di dunia Arab yang menumbangkan tiga rejim, merebak pula ke kota Inggeris apabila tercetusnya penjarahan akibat masalah kemiskinan.

Di Israel, muncul Gerakan J14 sejak Julai lalu yang menyatupadukan golongan sayap kiri, pelajar, dan kumpulan sosial untuk mengasak kerajaan Benjamin Netanyahu menerusi siri protes yang menggoncangkan tonggak negara. Protes yang bermula daripada kekecewaan harga rumah yang tinggi akhirnya berubah menjadi gerakan sosial yang lebih besar. Penunjuk perasaan menuntut kerajaan menangani ketidaksamaan kelas yang semakin melebar dalam kalangan rakyat; melakukan perubahan fundamental terhadap dasar pendidikan di negara itu; memotong perbelanjaan ketenteraan; serta menghentikan pengembangan penempatan di Tebing Barat.

Pemberontakan Arab kedua yang bermula di Tunisia memang memeranjatkan dunia, bahkan Washington terpinga-pinga. Kesannya bukan sekadar terbatas di wilayah yang sentiasa bergolak itu, tetapi di seluruh dunia, bahkan China tidak terkecuali.

Perkataan “musim” menjadi perkataan popular sekelip mata – misalnya “musim bunga Arab”. Dalam The Atlantic keluaran September, James Fallows menulis makalah yang panjang berjudul, “Arab Spring, Chinese Winter.” Tidak ketinggalan “musim panas Israel” merujuk perang kelas yang berlaku di negara itu. Sesetengah orang menyebut “musim panas Israel,” sebagai penghormatan kepada “musim bunga Arab.”

Pemberontakan Arab yang bermula dengan penuh semangat dan tenaga, terpaksa mengharungi laluan yang amat sukar apabila tiba di Yaman, Syria, dan Libya, kerana tidak seperti dua rejim sebelum ini, ketiga-tiga rejim di tiga buah negara berkenaan bukan sahaja enggan berundur, tetapi bertindak kejam terhadap rakyat yang memberontak. Banyak cerdik pandai politik merasakan bahawa pemberontakan Arab menempuh kebuntuan, tambahan pula di Mesir, kemenangan rakyat seakan-akan “ditawan” oleh tentera yang mengambil alih kuasa daripada Hosni Mubarak.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.